FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 14 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 14 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

» English Grammar Exercises 1
by M.TASHVEENA* Sat Oct 04, 2014 8:52 pm

» Body Mass Index (BMI) @ Index Jisim Badan
by cahaya suci Sun Sep 21, 2014 3:03 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


Denda | tindakan disiplin – perlukah anda malu | balas?

View previous topic View next topic Go down

Denda | tindakan disiplin – perlukah anda malu | balas?

Post by anakkubijak on Fri May 07, 2010 11:16 am

Bila terbaca berita tentang kereta cikgu digores, tayar dipancitkan dan sebagainya, saya sebenarnya terharu. Kebanyakan tindakan tersebut dilakukan oleh pelajar yang didenda atau diambil tindakan disiplin kerana kesalahan yang dilakukan di sekolah. Sebagai balasan, adik-adik ini bertindak balas secara negative ke atas guru mereka. Adik-adik semua, sebagai pelajar, adik harus menghormati guru adik. Jika adik didenda, bukannya guru tersebut bencikan adik, tetapi mereka sayangkan adik-adik semua. Mereka mahu adik menjadi orang yang baik dan pandai. Itu matlamat mereka.

Mari saya bercerita sedikit pengalaman saya masa sekolah dahulu. Semasa berada di Tingkatan 3, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan, satu sekolah yang terletak di daerah Papar, Sabah. Ceritanya begini…

Pagi tersebut, tahun 1988, ada pelajaran Pendidikan Jasmani. Kelas berikutnya ialah kelas matematik. Cikgu matematik masa tersebut bernama Cikgu Dzulkarim. Orangnya garang, janggut panjang hingga ke dada dan beliau sentiasa berserban dan berjubah. Pagi tersebut, akibat kelas Pendidikan Jasmani mengambil masa, maka kami semua terlewat balik ke kelas.

Sampai sahaja kami di kelas, Cikgu Dzulkarim sudah sedia menunggu. Kami semua kecut perut melihat beliau dengan muka garang beliau. Sebaik semua masuk kelas, beliau berkata dengan garang “Kenapa lambat? Baiklah, semua berdiri. Siapa antara kamu yang tidak dapat menjawab soalan saya, berdiri atas bangku!” Maka kami semua pun berdiri. Beliau mula menyoal satu persatu dalam kelas tersebut. Soalan beliau ialah “Berapakah keluasan sesuatu bulatan?”

Satu persatu rakan sekolah saya berdiri atas bangku. Sampailah giliran saya.

“360 darjah cikgu!” Jawab saya.

“Innalillahi rojiun….Bodohnya kamu! Berdiri atas meja!” Kata Cikgu Dzulkarim.

Seluruh kelas riuh dengan gelak ketawa rakan-rakan sekelas. “Diam!” Kata beliau lagi. Sambil tu Cikgu Dzulkarim berceramah “Rasulullah, bila lilin padam pun akan sebut inallilahi rojiun..”

“Kamu, berdiri atas meja sampai habis kelas” Kata beliau lagi kepada saya.

Alamak, semua orang berdiri atas kerusi, saya pula naik pangkat lebih tinggi…atas meja. Sampailah kepada rakan saya Dzulkarnain. Beliau yang memang pintar matematik menjawab “Pai kuasa 2 cikgu”

“Alhamdulillah…semua duduk” Kata Cikgu Dzulkarim.

Saya pun turut duduk.

“Eh, kamu, siapa suruh duduk?” Kata Cikgu Dzulkarim pada saya.

“Terus berdiri atas meja sampai habis kelas” Sambung beliau lagi.

Alamak…semua rakan duduk. Saya seorang berdiri, atas meja pula tu. Pelajar kelas lain yang lalu semua gelak kepada saya. Cikgu lain yang lalu lalang pula tersenyum sinis memandang saya.

Begitulah denda yang dikenakan kepada saya. Adakah saya berdendam dengan Cikgu Dzulkarim? Sama sekali TIDAK! Saya menghormati beliau yang memberikan ilmu kepada saya. Biarpun amat malu dan lenguh berdiri selama sejam akibat denda tersebut tetapi, saya jadikan ia sebagai satu cabaran untuk menjadi seorang yang pandai dalam matematik.

Akibat peristiwa itu juga, saya kuatkan azam untuk memperbaiki matapelajaran matematik saya yang sentiasa dapat 6 dan 7 (sistem masa itu) kepada lebih baik. Akhirnya, dengan azam yang kuat, saya akhirnya mendapat kepujian dengan matematik 3, bukan itu sahaja, matapelajaran lain juga agak baik, dengan keputusan SRP (sekarang ni PMR) 14 aggregate membolehkan saya ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Labuan (saya tolak tawaran ini atas permintaan bapa saya yang tidak mampu ketika itu – saya akan berikan motivasi tentang ini).

Apakah moral dari cerita itu? Adik-adik semua, bila kita didenda oleh cikgu kita, atas dasar apa pun, janganlah kita balas balik dengan perkara-perkara negative. Hormatilah mereka kerana mereka pemberi ilmu. Jadikan ia sebagai satu pendorong kejayaan adik-adik semua. Jangan memusuhi mereka kerana mereka inginkan kita berjaya dalam hidup.

**P/S – Cikgu Dzulkarim, jika cikgu membaca artikel ini, saya sudah lama mencari cikgu. Saya ingin salam dan peluk cikgu sebagai tanda terimakasih saya. Kerana cikgulah saya mendapat motivasi untuk majukan diri, terutama dalam subjek matematik. Jika cikgu tidak mendenda saya pada tahun 1988 dulu, mungkin saya akan terus lemah matematik dan mungkin saya akan terkandas dalam pelajaran. Cikgu Dzulkarim, saya ketahui dari beberapa orang rakan yang bertugas sebagai guru bahawa cikgu kini menetap di Tuaran, Sabah. Seorang rakan juga bersedia membawa saya bertemu dengan cikgu. Saya amat berharap pertemuan itu dan suatu hari nanti, saya akan menyusul juga menemui cikgu… – Bekas murid cikgu.
Oleh :
Mohd Salleh

- Taken from blog : http://pintarexam.anakkubijak.com
avatar
anakkubijak
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 9
Location : Selangor
Registration date : 07/05/2010

View user profile http://www.anakkubijak.com

Back to top Go down

Re: Denda | tindakan disiplin – perlukah anda malu | balas?

Post by Cikgu X on Fri May 07, 2010 11:21 am

anakkubijak wrote:Apakah moral dari cerita itu? Adik-adik semua, bila kita didenda oleh cikgu kita, atas dasar apa pun, janganlah kita balas balik dengan perkara-perkara negative. Hormatilah mereka kerana mereka pemberi ilmu. Jadikan ia sebagai satu pendorong kejayaan adik-adik semua. Jangan memusuhi mereka kerana mereka inginkan kita berjaya dalam hidup.
cerita yg sangat baik... & saya setuju dgn ayat di atas... tq.

_________________mbf...
avatar
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Denda | tindakan disiplin – perlukah anda malu | balas?

Post by nurulching on Sat May 08, 2010 10:11 pm

yups...this same happen to me....sememangnya tanpa guru siapa lah kita...tanpa i9lmu yg d beri oleh guru..di mana kah kita sekarang ini????apa oun denda daripada seorang guru merupakan tanda kasih sayng nya pada pelajar itu...sehingga kini saya masi ingat akan guru-guru sekolah rendah meskipun sdh meninggaklan bangku sekolah 17tahun lepas....pada hari ini saya memegang jawatan sbg seorg guru..saya jg selalu berpesan kpd murid2 agar sentiasa menghormati guru meskipun guru itu garang..seperti berlakunya pd hari ini d sklh,murid2 ku mengadu bhw mereka benci akan seorg cikgu yg selalu marah akan mereka..hatiku tersentak takala mendengar ceroita mereka,krn tak ku snagka bahawa mereka akan beranggapan sedemikian,wlhal teguran itu lah menjadi kita sebagai murid lebih dewasa...sy menasihati mereka sebagaimana seorg cikguku dahulu menasihatiku apabl menghadapi perkara sedemikian pd dahulu kala...sesungguhnya...saya percaya bahawasanya berkat dr cikgulah membuat seorg murid itu berjaya...

nurulching
MBF Junior Member
MBF Junior Member

Number of posts : 33
Age : 36
Location : kinabatangan
Registration date : 27/04/2010

View user profile

Back to top Go down

Re: Denda | tindakan disiplin – perlukah anda malu | balas?

Post by Cikgu X on Sun May 09, 2010 11:03 am

betul... murid2 ni biasanya akan terus simpan rasa bila ditegur atau dimarah... tdk heran, sb mereka mmg masih dlm proses mematangkan diri... bila fikir2, sebenarnya teguran2 inilah yg akan membentuk kita menjadi 'manusia'...

_________________mbf...
avatar
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Denda | tindakan disiplin – perlukah anda malu | balas?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum