FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

» English Grammar Exercises 1
by M.TASHVEENA* Sat Oct 04, 2014 8:52 pm

» Body Mass Index (BMI) @ Index Jisim Badan
by cahaya suci Sun Sep 21, 2014 3:03 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


SELAMAT HARI GURU 2010

View previous topic View next topic Go down

SELAMAT HARI GURU 2010

Post by Admin on Sun May 16, 2010 10:41 pm

hari ini 16mei2010, hari guru... kpd semua guru, diucapkan selamat hari guru... semoga segala usaha guru2 akan membuahkan hasil yg diharapkan... guru pembina negara bangsa...

_________________mbf...
avatar
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: SELAMAT HARI GURU 2010

Post by Cikgu Sensei on Sun May 16, 2010 10:57 pm

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.Razz

Kepada pelajar-pelajar semua, sayangilah dan hormatilah guru anda. Jangan sesekali lupakan jasa-jasa guru yg ikhlas menabur bakti kepada pelajar-pelajar supaya anda menjadi insan berguna.

Buat para guru yg dihormati, sila klik pada pautan di bawah
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0510&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm&arc=hive

Artikel yg menarik untuk dibaca oleh para guru.
avatar
Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 78
Age : 30
Location : Cheras / Tg Malim
Humor : Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date : 25/11/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: SELAMAT HARI GURU 2010

Post by Cikgu X on Sun May 16, 2010 11:09 pm

Saya dpt sms... apakah cita2 anda sebelum jadi guru? majistret? lawyer? Engineer? Anda menyesal jadi guru? Cuba lihat... ada tak lawyer yg sanggup pakai topi arkitek? Ada tak majistret yg berani sarung kot doktor? Tp guru adalah semua itu... kita la doktor bila budak sakit, lawyer bila parents soal, majistret bila budak bergaduh. Hatta security guard & ahli nujum pun kita... Kelmarin plak kita jd tukang kebun gotong-royong perdana... oleh itu, berbanggalah jd cikgu...

slmt hari guru kpd semua guru di mana jua anda berada...

_________________mbf...
avatar
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: SELAMAT HARI GURU 2010

Post by Cikgu X on Sun May 16, 2010 11:11 pm

dari... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0510&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm&arc=hive

Biarlah kehadiran anda dirasai!
Oleh WAHID HASHIM

HARI guru pada tahun ini disambut dalam suasana yang cukup berhemah. Sambutan besar-besaran di peringkat sekolah mungkin tidak perlu - tetapi ia tetap perlu diadakan juga. Masih ada murid yang mahu meraikan dan menghargai jasa anda. Sekurang-kurangnya anda perlu membuat sesuatu supaya kewujudan dan kerja anda dirasai.

Al-Mukadimah, banyak cabaran yang menanti guru bagi yang mengikuti perkembangan pendidikan semasa. Harapan yang diletakkan di bahu guru bukan sahaja daripada kelompok pelanggan iaitu ibu bapa, tetapi juga pembuat dasar, iaitu kerajaan. Bagi yang telah memenuhi tuntutan Bai'ah, anda bolehlah tersenyum pada Hari Guru ini.

Maka, pada Hari Guru tahun ini, apa sahaja pengumuman - sama ada ia tokok tambah kepada gaji atau imbuhan lain - maka ia perlu disusuli dengan rasa insaf bahawa tanggungjawab mendatang bukan kepalang beratnya. Guru di bandar, pedalaman, di kampung atau di sektor-sektor khas lain perlulah dapat merasai bahawa Hari Guru 2010 ialah titik tolak
kepada perubahan yang bakal mereka galas.

Perlu juga dibangkitkan di sini, kepada lebih 100 guru pedalaman yang telah diberi tunjuk sebab kerana ponteng dan pelbagai masalah lain, anda fikirlah sendiri. Jawablah surat tersebut kalau masih berstamina menjadi guru. Yang mereka perlu sedar juga ialah tindak tanduk dan output kerja mereka kini diperhatikan secara kuantitatif dan kualitatif. Hal
ini senang sahaja dilaksanakan kerana di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) pendidikan yang menjadi dasar Program Transformasi Kerajaan (GTP), maka KPI keberhasilan dan KPI tindakan akan menjadi petunjuk kepada pencapaian kuantitatif dan kualitatif masing-masing.

Rakyatlah yang memerhatikan KPI kita kelak. Sedarlah wahai guru, bahawa ibu bapa pada hari ini sudah pintar dan malah ada yang cukup arif tentang makna dan rubrik penilaian KPI. Mungkin selepas ini laporan kertas kerja berkajang-kajang kepada ketua jabatan terhadap apa yang kita buat tidak penting lagi, tetapi produk yang akan menentukan cara dan hala tuju kita.

Jadi, berhenti daripada terus cuba bermain dengan sentimen simpati terhadap diri sendiri, sebaliknya bekerja keraslah di bawah bidang tugasan di mana kita diletakkan. Kalau kita benar-benar mengakui apa yang kita lakukan demi the national duty, maka nawaitu kita selepas ini akan dipamerkan melalui keputusan atau output kerja masing-masing.
Kita bukanlah hebat sangat sehingga boleh diletakkan sebagai yang terbaik di dunia. Malah di peringkat Asia pun bukan. Indeks pencapaian pendidikan kita secara umumnya pun makin merosot (lihat laporan TIMMS dua tiga tahun kebelakangan ini) berbanding negara kecil Singapura dan Hong Kong. Nampaknya, semakin banyak dasar baru yang diperkenalkan, kesannya ialah antagonis. Apa sudah berlaku dan di mana ketirisan berlaku? Tepuk dada, tanyalah selera.

Dunia mungkin telah berubah, dan kita juga sebenarnya mesti berubah. Pelbagai mekanisme dan enjin diperkenalkan dalam sistem kita. Kita ialah pengamal carrot and stick yang handal. Terlalu banyak carrot menyebabkan kita karat.
Pelbagai usaha dilakukan. Paling terbaru, Kementerian Pelajaran Malaysia mahu membantu sekolah dengan memperkenalkan apa yang disifatkan sebagai Program Peningkatan Prestasi Sekolah (PPPS). Program ini begitu cantik tetapi sejauh mana ia akan tercapai terletak di tangan guru.

Satu hal lagi ialah sejauh mana guru mahu membuka pintu dan pemikirannya terhadap perubahan yang hendak dibawa oleh PPPS. Sekolah akan menerima lagi pelbagai bentuk sokongan dan bantuan di bawah PPPS. Program berbentuk bottom-up ini akan berfokus terus ke sekolah, dengan menolak terus konsep one size fits all. Begitu juga terdapat cadangan supaya guru diberikan sijil profesional. Lesen ini perlu diperbaharui melalui pemantauan dan program
tertentu yang mereka perlu ikuti dari semasa ke semasa.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 usaha besar-besaran akan dilakukan untuk mensiswazahkan hampir 100,000 guru yang masih belum memegang ijazah. Jumlah itu besar berbanding jumlah guru pada hari ini yang berjumlah 4000,000 orang.

Bagi pihak Utusan Malaysia, kami mengucapkan selamat Hari Guru 2010, semoga kita semua berada dalam sihat sejahtera dan mendapat keberkatan Allah dalam setiap tindak tanduk kita. Sebagai penganjur bersama festival Hari Guru, Utusan Malaysia menjemput semua guru dari seluruh negara ke Festival Hari Guru di East Coast Mall Kuantan
bermula 13 hingga 16 Mei. Banyak ilmu menanti anda.

Kira raikan Hari Guru 2010.

_________________mbf...
avatar
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: SELAMAT HARI GURU 2010

Post by nurulching on Mon May 17, 2010 8:30 pm

masi belum erlamabat untuk ucapkan "SELAMAT HARI GURU"kpd smua rakan guru....
hari ini ramai rakan2 telah mengulas tentang pengumuman yg di buat...apa2 pu renung2lah diri sendiri..adakah kita ikhlas mendidik anak2 bangsa ini???adakah ini sekadar memenuhi kewajipan apabila diri bergelar sebagai guru?????
wlpun mmg is sbg kewajipan dlm dunia ini..namun ia jg harus dipandang sbg kewajipan d akhirat kelak....I do love teaching....love to see when my pupils laugh..love to see when my pupils smile and say..I love u teacher...anything u do is for their better future..

nurulching
MBF Junior Member
MBF Junior Member

Number of posts : 33
Age : 36
Location : kinabatangan
Registration date : 27/04/2010

View user profile

Back to top Go down

Re: SELAMAT HARI GURU 2010

Post by Mitsuko on Mon May 17, 2010 8:39 pm

ya, slmt hari guru juga kpd semua wara guru... jasamu dikenang... dihargai... teruskan usaha...
avatar
Mitsuko
MBF Junior Member
MBF Junior Member

Number of posts : 33
Registration date : 17/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: SELAMAT HARI GURU 2010

Post by scholastica nicol alecsan on Thu May 20, 2010 2:46 pm

srry lmbt ucap slmt ari guru....2 ALL THE TEACHERS IN MBF..HAPPY TEACHERS DAY 2 U ALL..HOPE U GUYS WILL BE A SUCCESSFUL PERSON(or teacher)AND DONT STRESSED EVERYDAY OKAY..LUV U ALL.. lol! lol!
avatar
scholastica nicol alecsan
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 76
Age : 18
Location : donggongon,penampang,sabah
Humor : this is what i say....I LOVE MUSIC,INDIE BANDS,BUNKFACE AND AKIM AF7..!!!!!!!!!!!!!
Registration date : 18/11/2009

View user profile http://www.scholasticanicolalecsander@yahoo.com

Back to top Go down

Re: SELAMAT HARI GURU 2010

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum