FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

» English Grammar Exercises 1
by M.TASHVEENA* Sat Oct 04, 2014 8:52 pm

» Body Mass Index (BMI) @ Index Jisim Badan
by cahaya suci Sun Sep 21, 2014 3:03 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


infiniti

View previous topic View next topic Go down

infiniti

Post by exam2010 on Wed May 19, 2010 12:32 pm

Persoalan ketakterhinggaan (tak permanai) menjadi persoalan yang tidak pernah tamat dalam perbincangan matematik, fizik, kimia, kosmologi bahkan dalam pemikiran kefalsafahan keseluruhannya. Ini kerana pemikiran manusia cuba membuat analogi kebenaran konsep tak terhingga kepada seperti kebenaran konsep yang terhingga. Konsep transitifan dan induksi yang menjadi perhujahan mereka ada banyak kelemahan apabila dimensi tak terhingga diambilkira. Koleksi titik yang mewakili nombor nyata yang tidak boleh bilang dalam selang [0, 1] setara secara hubungan satu ke satu dan ke seluruh selang [0, 2] melalui hbungan fungsi f(x) = 2x misalnya. Ini bermakna bilangan unsur dalam kedua-dua set adalah sama, sedangkan set pertama subset kepada set yang kedua. Secara analisis sifat ini benar, tetapi secara intuisi mampukah wujdan kita mengambarkannya dalam pemikiran? Ini turut bermaksud jumlah atom dalam sebiji beras bersamaan dengan jumlah atom dalam sebuah gunung. Contoh yang mudah ini pun sukar untuk diselesaikan kerana melibatkan persoalan keselanjaran, kesetaraan dan ketakterhinggaan. Persoalan inilah yang diperdebatkan oleh Hilbert, Brouwer, Cantor, Zermalo, Frankel dan angkatannya kerana terdapat banyak analogi sifat topologi garis nyata yang menujukkan ciri yang berbeza apabila dianalisis menerusi dua sudut yang berbeza. Persis perbincangan ini sebenarnya adalah juga persoalan atomisme yang dimulakan oleh Demokritus sejak zaman Yunani lagi, lalu disambung oleh Ibn Sina, Fakhru al-Razi, Descartes, Liebniz dan Newton. Persoalan ini sentiasa diperbaharui dalam setiap zaman tanpa kesudahan. Aliran pemikiran matematik cuba membuat abstrak tentang konsep yang tidak nyata semata-mata untuk menunjukkan aliran mereka mampu menembusi alam apeiron yang melayakkan aliran itu menjadi dasar pembinaan matematik terkini secara sejagat. Imaginasi fikiran manusia yang terbuka membuatkan mereka mempertimbangkan kes terhingga dan tak terhingga, dalam analisis matematik yang terdedah dengan pelbagai kelemahan sebab akal manusia itu pun terhad tabiinya.Dalam analisis kompleks, satah komples yang dipetakan kepada permukaan Reimann dengan mengenalpasti titik tak terhingga diumpukkan kepada titik kutub, sama ada kutub selatan atau kutub utara, di atas sebuah sfera. Ini merupakan antara usaha untuk melihat persoalan apeiron itu ke ke atas permukaan yang terbatas tetapi tidak terhingga. Titik tersebut diangggap titik singularan yang tidak menunjukkan sifat seperti titik biasa di atas sebuah sfera. Percubaan ini lebih terdedah kepada persoalan falsafah berbanding analsis matematik. Kajian-kajian dalam teori singularan dan katastrofi kemudiannya didasarkan kepada perubahan mengejut yang melibatkan kuantititi genting yang biasanya melibatkan konsep ketakterhinggaan seperti peristiwa Big Bang dalam kosmologi atau Black Holes dalam astrofizik. Tujuan matematik diperluaskan kepada persoalan tak terhingga berkait rapat usaha permodelan matermatik kepada peristiwa alam yang berlaku secara mendadak, genting dan tidak mengikut hokum fizik yang biasa. Namun permodelan ini sentiada terdedah kepada kritikan pengkaji yang lain. Persoalan tersebut melibatkan faktor metafizik.
banyak lagi artikel menarik mengenai matematik di http://satucampursatu.blogspot.com

exam2010
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 2
Registration date : 19/05/2010

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum