FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 9:16 pm
Latest topics
» kenapa kapal laut boleh terapung atas air?
by Admin Thu Apr 17, 2014 5:58 pm

» Mengasihani Anak
by fyfy Thu Apr 10, 2014 1:22 pm

» A Welcome Home Party
by PACHUHIN Fri Apr 04, 2014 10:12 pm

» Apa cita-cita kamu?
by Admin Mon Mar 31, 2014 11:03 pm

» ISI UNTUK KARANGAN SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA
by 123sy Mon Mar 31, 2014 5:14 pm

» UPSR
by Admin Fri Mar 28, 2014 5:42 pm

» Ceramah Teknik Belajar Sains Berkesan SK.Kinabaan Tambunan -27feb2014
by Frans Fri Mar 21, 2014 1:18 pm

» Bengekl Teknik Menjawab Sains UPSR SK.Chinta Mata, Tenom -12mac2014
by Frans Fri Mar 21, 2014 1:02 pm

» PERTANDINGAN PANTUN
by Frans Thu Mar 20, 2014 6:32 pm

» PERBAHASAN ALA PARLIMEN (Pihak Kerajaan)
by Frans Thu Mar 20, 2014 6:31 pm

» nak dpt 5A upsr...
by Frans Thu Mar 20, 2014 6:29 pm

» Penting sangatkah nak dpt UPSR 5A?
by Frans Thu Mar 20, 2014 6:29 pm

» soalan BM
by Buttercream*banana* Wed Mar 12, 2014 8:21 pm

» cara mengingati darab
by Buttercream*banana* Wed Mar 12, 2014 8:07 pm

» [List]Senarai Topik Matematik Yang Berguna.
by Buttercream*banana* Wed Mar 12, 2014 8:05 pm

» lemah dalam matematik
by rai Mon Mar 03, 2014 4:22 pm

» UPSR! UPSR! UPSR!
by Admin Fri Feb 28, 2014 11:21 pm

» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Tue Feb 25, 2014 9:12 pm

» Confirmed: Oldest Fragment of Early Earth is 4.4 Billion Years Old
by Admin Mon Feb 24, 2014 7:04 pm

» Program PEKA (Penilaian Kerja Amali Sains)
by Martina Mupin Thu Feb 20, 2014 11:24 am

» Tusyen khas Sains (online) percuma
by Admin Sun Feb 09, 2014 10:54 pm

» Safety and Health Officer (SHO)
by fareez.abdrahman Thu Feb 06, 2014 3:45 pm

» Erti Sebenar Guru Cemerlang
by Admin Fri Jan 24, 2014 9:50 pm

» Karangan : Kebakaran di Rumah Jiran
by Aisyah Husna Wed Jan 15, 2014 7:59 pm

» Sport Day
by Aisyah Husna Tue Jan 14, 2014 2:20 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

View previous topic View next topic Go down

10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

Post by Cikgu Sensei on Sun May 30, 2010 6:41 pm

Rahsia 1: Matlamat dan Sasaran



Pelajar cemerlang mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas.
Mereka tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ’A’ yg mereka mahukan atau berapa peratus markah setiap subjek yg mereka mahukan. Mereka juga tahu bila besar nanti hendak ambil pengkhususan apa waktu di universiti, mahukan kerjaya yg bagaimana dan sbgainya.

Pelajar cemerlang sentiasa tahu matlamat hidupnya.
Mereka dpt gambarkan dgn jelas siapa mereka di penghujung kehidupan nanti. Stephen Convey dlm bukunya berjudul ’The 7 Habits’ ada menegaskan kepentingan memulakan kehidupan dari belakang. Maksudnya, utk berjaya kita mesti gambarkan apakah sumbangan kita kepada negara, agama, masyarakat, ibu bapa, dan diri kita sebelum kita menghembuskan nafas terakhir. Adakah kita mahu menjadi seseorang yang dikenang dan berjasa? Adakah kita mau meninggalkan nama yg baik atau sebaliknya?

Kalau anda tahu anda mahu akhiri kehidupan ini dgn kejayaan maka kejayaan yg bagaimanakah yg anda maksudkan? Tidak cukup dgn mengatakan aku mahu berjaya saja tetapi anda perlu ’detail’ kan dgn jelas matlamat anda itu.

Misalnya, dgn berkata aku mau menjadi menjadi seorang pelajar cemerlang dan berjasa itu merupakan satu matlamat yg kabur dan tidak merangsang jiwa.
Sebaliknya dgn berkata aku mahu menjadi seorang Doktor Pakar Bedah lulusan luar negara dan bekerja di Hospital Pakar Pantai Puteri – ITU MERUPAKAN matlamat yg jelas dan mampu merangsang jiwa.


Kalau anda tau anda mahu jadi Doktor Pakar Bedah maka cuba fikirkan sekarang universiti mana yg anda mau belajar nanti?

Arrow Apa keputusan SPM yg patut anda perolehi? Anda tidak boleh menjadi seorang doktor sekiranya gagal dalam subjek Bahasa Inggeris atau Biologi. Oleh itu anda mesti pastikan anda peroleh keputusan yg baik dlm kedua-dua subjek ini.
Arrow Begitu juga anda tidak boleh mendapat tempat ke universiti dgn mendapat A dlm dua subjek ini sahaja. Anda perlu dapatkan keputusan yg baik juga dalam subjek Bahasa Melayu, Mathematics, Chemistry dan Physics.
Arrow Tahukah anda mereka yg mendapat tawaran ke matrikulasi prlu mndapat at least 12 aggregat untuk lima mata pelajaran penting iaitu Additional Mathematics, Modern Mathematics, Physics, Chemistry dan Biology?

Setelah tahu matlamat anda, maka rangkalah sasaran peperiksaan anda sekarang.
Misalnya, kalau sekarang markah Mathematics anda cuma 40% sahaja, maka letakkanlah satu sasaran yg lebih tinggi misalnya 80% selepas ini.


Dalam meletakkan sasaran jangan terlalu fikirkan sangat sama ada ia boleh dicapai atau tidak – sebaliknya fikirkan adakah anda benar-benar mahukannya atau tidak. Sebab jika anda mahukannya maka pasti sentiasa ada jalan untuk mengusahakannya. Kemahuan yg membara ini sentiasa memberikan anda tenaga tambahan dlm berusaha.

Fikirkan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh mengenai 4 persoalan ini.
Question Apa sbenarnya yg aku mahukan dlm hidup ini?
Question Bila aku mahukannya – 1 tahun, 2 tahun, 5 tahun?
Question Kenapa aku mahukannya?
Question Bagaimana aku boleh mendapatkannya?

CONTOH MATLAMAT

Apa yg aku mahukan dalam peperiksaan?
Arrow Aku nak 8A dalam PMR

Bila ia mahu dicapai?
Arrow Peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar PMR tahun 2010

Kenapa aku mesti mencapainya?
Arrow Untuk membuktikan kpd kawan2 yg aku ada kebolehan
Arrow Untuk memenuhi hasrat ibu bapa
Arrow Sebab keluarga aku miskin dan aku nak bela nasib mereka
Arrow Sebab guru memperlekeh kemampuan aku

Bagaimana?
Arrow Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari
Arrow Aku mesti melatih 20 soalan setiap hari
Arrow Kerja sekolah mesti siap
Arrow TV dan sembang-sembang kosong mesti dikurangkan
Arrow Pencapaian ujian bulanan mesti bagus
Arrow Aku mesti berkawan dgn mereka yg boleh bantu aku
Arrow Aku mesti ketepikan soal hati, perasaan dan cinta monyet

ADA LAGI 9 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG UNTUK DIKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA (TERUTAMANYA PELAJAR-PELAJAR).
NANTIKANNYA, SAYA BERJANJI SECEPAT MUNGKIN SAYA AKAN KEMASKINI MAKLUMAT DALAM TOPIK INI.
study

Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts: 78
Age: 27
Location: Cheras / Tg Malim
Humor: Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date: 25/11/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

Post by Cikgu Sensei on Sun May 30, 2010 7:21 pm

Rahsia 2: Percaya

Pelajar cemerlang percaya bahawa mereka boleh cemerlang.

Hanya faktor masa sahaja yg akan membuktikan segala usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka utk melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban untuk berjaya.

Thomas Edison gagal lebih 10 000 kali sebelum berjaya mencipta mentol. Colonel Sanders pula gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya mencipta resipi ayam goreng KFC. Adik beradik Wright terpaksa berdepan dgn pelbagai cemuhan masyarakat sebelum akhirnya berjaya mencipta kapal terbang. Apakah persamaan yg ada pada mereka yg telah berjaya ini?

Mereka percaya bahawa walau apa sekalipun
cabaran dan halangan, kejayaan pasti akan menjelma.

Mereka percaya benar-benar tanpa sebarang
keraguan. Mereka sanggup menunggu saat kecemerlangan itu tiba walaupun terpaksa
melakukannya ribuan kali. Alasannya cukup mudah – ANDA ADALAH INSAN TERHEBAT
YANG DICIPTA TUHAN. Buktinya dlm sehari:

Jantung anda berdegup 103 689 kali
Darah anda berjalan 270 369 792 km
Anda bernafas 23 040 kali
Anda menyedut 12 meter padu udara
Anda makan 1.5 kg makanan
Anda minum 2.75 liter air
Anda bercakap 25 800 hingga 30 000 patah perkataan
Anda gerakkan otot-otot badan 750 kali
Kuku anda tumbuh 0.000046 inci
Rambut anda tumbuh 0.01714 inci
Anda gerakkan 7 000 000 sel otak
Otak anda boleh menyimpan lebih 125 500 000 000 000 maklumat

Contoh Percaya



Nur Amalina Che Bakri adalah pelajar yg telah memecahkan rekod kebangsaan dengan
mencapai 17 A1 dlm keputusan peperiksaan SPM 2004.

Tetapi tahukah anda, Nur Amalina tidak akan mampu melakukannya tanpa dia terlebih
dahulu percaya yg dia boleh. Kepercayaan tentang kemampuan dirinya tidak pernah
tergugat membuatkan dia terus berusaha meskipun mungkin ramai yg meragui
cita-citanya.

Antara resepi Nur Amalina ialah:
Cabar diri dan yakin untuk dapat 17 A1
Gantung dan tampal gambar serta keratan akhbar tentang kejayaan
Ada kata-kata hikmah sebagai pegangan hidup
Jaga pemakanan – tidak ambil minuman bergas, makanan segera dan organ dalaman binatang
Punya matlamat dan cita-cita yg jelas iaitu hendak menjadi Doktor Pakar
Sakit Puan
Membuat jadual sendiri dan berdisiplin mematuhinya
Menyiapkan kerja sekolah sebelum mengulangkaji
Setiap pagi beliau menetapkan apa yg mahu dilakukan pada hari itu
Aktif dalam ko-kurikulum seperti menjuarai pertandingan pidato
Membaca lebih dripada 500 buku setahun dan menjadi Tokoh Nilam

ADA LAGI 8 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG UNTUK DIKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA (TERUTAMANYA PELAJAR-PELAJAR).
NANTIKANNYA, SAYA BERJANJI SECEPAT MUNGKIN SAYA AKAN KEMASKINI MAKLUMAT DALAM TOPIK INI.









Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts: 78
Age: 27
Location: Cheras / Tg Malim
Humor: Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date: 25/11/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

Post by Cikgu Sensei on Sun May 30, 2010 10:40 pm

Rahsia 3: Tumpuan dalam kelas



Semua pelajar mahukan markah 100%, tetapi dari manakah datangnya markah 100% itu?
Ia datang dari 3 sumber iaitu

  • kerja sekolah yang disiapkan
  • ulangkaji yg dilakukan
  • tumpuan dalam kelas
Walaupun begitu, tumpuan dalam kelas adalah penyumbang terbesar dalam mencapai markah 100% ini. Sejak kecil anda disuruh beri tumpuan tetapi persoalannya bagaimanakah untuk memberi tumpuan sepenuhnya? Adakah dgn melihat dan mendengar 100% itu memadai untuk menjadi pelajar cemerlang?
Sebenarnya dlm memberikan tumpuan anda perlu melakukan beberapa perkara yg sangat penting iaitu:

Jangan alih mata
Dengar dan fahamkan
Awasi minda
Awasi diri
Buat catatatan

Ramai pelajar sekadar duduk dlm kelas dan mendengar apa yg disampaikan oleh guru. Akibatnya ramai yg selepas kelas hanya mendapat 30% sahaja daripada apa yg guru ajarkan. Sebahagian besarnya anda lupa dan tidak faham. Sebab itulah penting untuk anda membuat catatan. Anda hendaklah mencatat perkara yg berikut:

  1. Apa yg ditulis DAN dipapar oleh guru di papan putih atau projektor
  2. Apa yg diucapkan secara lisan oleh guru. Ada kalanya guru tidak memaparkan atau menulis apa
    yg mau disampaikannya. Sebaliknya dia menceritakannya secara lisan. Di sinilah
    pelajar perlu cekap memasang telinga dan mencatat apa sahaja maklumat penting
  3. Perkara yg tidak faham. Tidak semua yg guru ajarkan itu kita faham. Tetapi masalahnya kebanyakan pelajar sekadar membiarkan saja apa yg mereka tak faham. Untuk menyedapkan hati mereka, mereka pujuk hati mereka, berkata ”tak apa, awal lagi, nanti aku bacalah”. Masalahnya, mereka tidak ambil apa-apa tindakan pun. Semakin hari, semakin banyak perkara yg mereka tak faham. Akibatnya, apabila keputusan pepeiksaan mereka jatuh, mereka akan cakap pelajaran tu susah, guru tak pandai mengajar, kawan-kawan kacau, dan macam-macam lagi. Hakikat sebenarnya ialah, mereka tidak selesaikan masalah tidak faham itu dari awal lagi.
  4. Soalan-soalan. Ada kalanya pelajar mempunyai soalan yg mahu ditanya tetapi tak sempat
    kerana guru sudah pun keluar. Ramai pelajar membiarkan saja soalan-soalan itu
    dan akhirnya lupa. Apabila ada soalan, catatlah soalan itu..... supaya anda
    boleh bertanya kepada guru di lain masa.
ADA LAGI 7 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG UNTUK DIKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA (TERUTAMANYA PELAJAR-PELAJAR).
NANTIKANNYA, SAYA BERJANJI SECEPAT MUNGKIN SAYA AKAN KEMASKINI MAKLUMAT DALAM TOPIK INI.

Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts: 78
Age: 27
Location: Cheras / Tg Malim
Humor: Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date: 25/11/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

Post by Cikgu X on Wed Jun 02, 2010 4:05 pm

artikel/perkongsian yg sungguh berguna... tq cikgu sensei...

_________________mbf...

Cikgu X
Special Rank

Number of posts: 3202
Registration date: 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

Post by Cikgu Sensei on Fri Jun 04, 2010 12:03 am

Rahsia 4: Ada Strategi Belajar Yang Berkesan

Kalau teknik belajar anda betul tapi anda tiada strategi belajar belajar yg berkesan, maka pencapaian anda dalam peperiksaan adalah biasa-biasa saja. Strategi itu penting supaya anda boleh cemerlang.

Macam dalam sukan bola sepak atau badminton contohnya, seorang atlet yang mau kan kemenangan tidak hanya bergantung kepada kekuatannya semata-mata untuk menang dlm sukan tu, tapi dia juga perlukan strategi untuk mengalahkan lawannya.
Contohnya dlm sukan badminton - jika lawannya adalah seorang yang bermain tangan kanan, maka atlet tersebut perlu sentiasa menghantar bulu tangkis ke sebelah kiri lawan supaya lawan menghadapi
kesukaran untuk mengambil bulu tangkis itu secara back hand return. OK – perkara tu tolak ke tepi. Apa yg penting di sini ialah, Belajar Mempunyai Strategi Tertentu~~

Strategi belajar terbahagi kpd 3 peringkat:
1. Persediaan Sebelum Kelas
2. Dalam Kelas
3. Selepas Kelas

Persediaan Sebelum Kelas

Sebelum kelas anda perlu baca dulu apa yg akan diajarkan oleh guru nanti.
Memang ketika membaca itu mungkin banyak perkara yg anda keliru dan tidak faham. Jangan bimbang sebab semua pelajar akan berdepan dgn masalah itu. Tetapi apabila dlm kelas, setelah guru mengajarkan perkara tersebut, segala kekeliruan anda akan terungkai. Ketika itu anda akan bertindak balas secara aktif terhadap apa yg disampaikan oleh guru.
Sekiranya anda tak membaca sebelum masuk ke kelas, anda akan bertindak balas secara pasif dan ini menjadikan anda berasa belajar itu bosan.

Anda juga perlu imbas kembali apa yg telah diajarkan oleh guru sebelum ini. Dengan membuat sedikit ulangkaji, anda akan lebih bersedia dan dapat mengaitkan apa yg diajarkan dan apa yg telah anda pelajari sebelumnya.

Satu lagi perkara yg penting ialah siapkan semua kerja sekolah sebelum anda masuk ke kelas. Anda tak mahu emosi anda terganggu apabila guru menegur sikap anda. Ini akan membuatkan anda rasa malu dan rendah diri.
Emosi yg terganggu ini juga akan membuatkan anda tidak menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas.

Persediaan Dalam Kelas

Ketika guru mengajar, sebaik-baiknya duduk di barisan hadapan. Tetapi jika anda tak dapat duduk di barisan hadapan, itu bukan la alasan untuk anda tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar.
Berikan tumpuan yg sebaiknya, tunjukkan minat yg mendalam terhadap apa yg guru ajarkan.
Tanya diri anda dgn 7 soalan iaitu Apa? Siapa? Bila? Di mana? Kenapa? Bagaimana? dan Berapa? Soalan-soalan itu akan membuatkan anda berfikir secara kritis semasa guru mengajar dan ini akan meningkatkan lagi tumpuan dan minat anda. Libatkan diri secara aktif dalam kelas dan sentiasa berusaha untuk menarik perhatian guru dengan kesungguhan dan kerajinan anda. Jangan lupa membuat catatan seperti yg telah dibincangkan sebelum ini.afro

Selepas Kelas

Selepas kelas lakukan perkara berikut:

study Semak seimbas apa yg telah dipelajari kerana manusia biasa akan lupa 80% dripada apa yg telah dipelajari
hanya dlm masa 24 jam.
study Semak pemahaman dan nota anda sebab apa yg anda sangka faham itu belum tentu betul
study Adakan perbincangan secara kumpulan. Oleh itu, masalah dapat diselesaikan dengan bantuan rakan-rakan yg
lain
study Memperkayakan bahan melaui bacaan tambahan.

ADA LAGI 6 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG UNTUK DIKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA (TERUTAMANYA PELAJAR-PELAJAR).
NANTIKANNYA, SAYA BERJANJI SECEPAT MUNGKIN SAYA AKAN KEMASKINI MAKLUMAT DALAM TOPIK INI.
study

Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts: 78
Age: 27
Location: Cheras / Tg Malim
Humor: Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date: 25/11/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

Post by Cikgu X on Fri Jun 04, 2010 12:12 am

tq cikgu sensei... anda seorg guru yg baik & efektif... tq

_________________mbf...

Cikgu X
Special Rank

Number of posts: 3202
Registration date: 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

Post by Cikgu Sensei on Fri Jun 04, 2010 1:01 am

Rahsia 5: Fikir Positif

75% dripada fikiran kita adalah negatif. Sebab itu la ramai pelajar gagal utuk berubah sebab tanpa mereka sedari pemikiran negatif ini yg mengawal tindakan dan keputusan yg mereka buat.
Manusia berfikir lebih dgn menggunakan gambaran-gambaran dan suara. Oleh itu anda mesti lazimkan minda anda agar sentiasa menghasilkan gambaran dan suara yg POSITIF.

Sebagai contoh apabila anda kata, ”Mulai hari ni bilik aku tidak berselerak lagi”, apa yg anda gambarkan dalam minda? Anda sebenarnya nampak bagaimana bilik anda berselerak, sedangkan anda tidak mahu begitu lagi. Adakah cara fikir sebegini positif? Tidak! Sebab apa yg kelihatan dan digambarkan oleh minda anda maka itulah nanti yg akan anda hasilkan.
Oleh itu yg positifnya ialah dgn berkata ”Mulai hari ni bilik aku KEMAS”. Anda terus tergambar suasana yg kemas sekarang. Begitu juga dalam belajar anda perlu fikir yg anda rajin, anda boleh, anda berubah, anda hebat, anda berani. Bukan fikir anda tidak malas, anda tidak takut, anda tidak membuang masa..... Buang perkataan ’TIDAK’. Gunakan perkataan PASTI dan MESTI dlm percakapan anda sebab perkataan sebegini lebih bertenaga dan menyuntik kemahuan anda utk cemerlang.

Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts: 78
Age: 27
Location: Cheras / Tg Malim
Humor: Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date: 25/11/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

Post by Cikgu Sensei on Fri Jun 04, 2010 1:22 am

Rahsia 6: Berkawan Dengan Rakan Yang Positif

Apabila anda salah pilih kawan maka salahlah haluan hidup anda. Kawan-kawan yg anda pilih mempengaruhi aktiviti, peribadi dan pemikiran anda.
Kerana kawan, seorang pelajar yg lemah boleh berjaya,
dan kerana kawan juga seorang pelajar yg pandai boleh gagal.


Tidak salah punyai ramai kenalan tetapi sebaiknya kawan yg rapat itu cukuplah sekadar beberapa orang sahaja. Berkawan dengan mereka yg punya matlamat dan mahu berjaya dlm pelajarannya.

Cari kawan yg menjaga agamanya sebab anda pasti tidak akan rugi jika berkawan dgn rakan sebegini.

Elakkan cinta monyet kerana apabila anda dewasa anda punyai masa yg cukup untuk menjalin hubungan yg serius tanpa menggadaikan masa depan anda sendiri.

Renungkan pepatah Arab ini:
”Bersahabat dengan penjual minyak wangi nescaya bau wanginya akan terkena pada diri anda”

ADA LAGI 4 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG UNTUK DIKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA (TERUTAMANYA PELAJAR-PELAJAR).
NANTIKANNYA, SAYA BERJANJI SECEPAT MUNGKIN SAYA AKAN KEMASKINI MAKLUMAT DALAM TOPIK INI.
study

Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts: 78
Age: 27
Location: Cheras / Tg Malim
Humor: Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date: 25/11/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

Post by Cikgu Sensei on Fri Jun 04, 2010 11:57 pm

Rahsia 7: Mempunyai Kumpulan Belajar

Sesetengah pelajar tak mau belajar berkumpulan sebab katanya ia sekadar membuang masa. Mereka fikir kalau 2 jam masa belajar berkumpulan itu digunakan untuk belajar sendiri maka lebih banyak yang boleh mereka baca.
Keadaan ini berlaku kerana anda tidak faham tujuan belajar berkumpulan dan bagaimana belajar berkumpulan dengan berkesan. Banyak perkara yg boleh anda lakukan secara kumpulan yg anda tak mampu lakukannya seorang diri. Sebab tu lah anda perlu tahu cara belajar berkumpulan yg berkesan.


Berikut disediakan strategi belajar berkumpulan yg berkesan:

1. Pilih ahli dalam lingkungan 3 hingga 5 orang sahaja untuk satu
kumpulan. Tiada gunanya mempunyai ahli kumpulan yg ramai tapi
akhirnya terpaksa menaggung macam2 perangai. Pilih ahli yg
betul-betul nak belajar. Mereka tidak semestinya begitu pandai, tapi
yg penting adalah mempunyai kemahuan yg tinggi untuk belajar.
Razz

2. Beri nama kpd kumpulan anda. Ini amat menyeronokkan.

3. Lantik seorang ketua yg disenangi semua.

4. Rancang awal-awal mengenai jadual belajar berkumpulan dan jugak
bahan belajar. Sebaik-baiknya siapkan jadual belajar yg merangkumi
tajuk-tajuk dan subjek yg mahu dibincangkan.

5. Setiap org MESTI BACA DULU TOPIK YG INGIN DIBINCANGKAN. Kemudian senaraikan setiap
masalah yg tidak difahami dlm satu buku nota.
Sewaktu belajar berkumpulan, fokuskan kepada penyelesaian masalah.
Setiap pelajar nyatakan apa yg mereka tak faham dan bincangkan penyelesaiannya. Dengan cara ini
semua pelajar berpuas hati sebab melalui perbincangan kumpulan, masalah sudah selesai. Jika penyelesaian
masalah tidak dapat ditemui, buat satu temujanji dgn guru dan semua ahli sama-sama pergi berjumpa guru untuk
dapatkan penjelasan.

6. Perlu juga untuk ahli kumpulan bersama-sama menjalani aktiviti luar. Ini untuk mengeratkan persahabatan dan
memahami watak dan perangai masing-masing. Sebab dgn memahami rakanlah maka kita dpt bersahabat dgn baik. Razz

Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts: 78
Age: 27
Location: Cheras / Tg Malim
Humor: Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date: 25/11/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

Post by Cikgu Sensei on Sat Jun 05, 2010 12:23 am

Rahsia 8: Pengurusan Masa yang Berkesan


Pengurusan masa yg berkesan adalah kunci kecemerlangan pelajar. Hari ini pelajar sibuk dengan pelbagai komitmen dan aktiviti – kurikulum atau ko-kurikulum. Mereka menghadiri kelas agama, tuisyen, sukan dan lain-lain. Kesannya, masa belajar terasa kurang sedangkan masa cuma ada 24 jam saja sehari. Tetapi ramai pelajar yg masih mampu mencapai kecemerlangan walaupun sibuk sebegini. Sebab itulah anda perlu tau bagaimana untuk memanfaatkan masa sepenuhnya.

Soalan yg selalu pelajar tanya – BILA MASA YG SESUAI UNTUK BELAJAR. Sebenarnya anda boleh belajar pada bila-bila masa saja sebab anda saja yg tau rutin harian anda dan masa yg paling sesuai untuk anda belajar.
Tetapi kalau anda sendiri tak pasti pilihlah untuk tidur malam lebih awal dan bangun awal di keheningan pagi, kerana sewaktu sebelum Subuh keadaan lebih tenang dan nyaman, udara lebih segar, otak anda juga tengah segar. Emosi anda tak terganggu, gangguan dari luar juga tiada.

Berapa lama belajar?
Biasanya kalau murid sekolah rendah, ulangkaji 2 jam sehari sudah mencukupi. Bagi pelajar sekolah menengah pula, jumlah masa perlu ditingkatkan kepada 3 – 5 jam sehari.
Bagi pelajar universiti jumlah ulangkaji adalah 4 – 5 jam sehari. Jumlah ulangkaji ini bergantung kepada jumlah mata pelajaran yg anda ambil. Lebih banyak mata pelajarannya maka lebih banyaklah masa untuk ulangkaji.
Tetapi jangan pulak salah faham, maksud 4 – 5 jam ni bukan la belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu Subuh, 1 jam di waktu petang dan 3 jam di waktu malam. Ini menjadikan jumlah masa belajar anda 5 jam sehari. Yang penting adalah bukan berapa lama belajar tapi berapa banyak yg anda belajar. Tak ada gunanya kalau anda belajar 3 jam tapi bahan yg anda pelajari itu boleh dihabiskan dalam masa 1 jam sahaja sekiranya anda benar-benar fokus.

Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza.
Ada pelajar boleh tumpu selama 60 minit, ada pula yg hanya bertahan 20 minit. Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, rehatlah seketika iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, imbas kembali apa yg telah anda baca sebelumnya. Kalau begitu, anda perlu tahu tahap konsentrasi anda. Jika anda hanya mampu fokus selama 20 minit, maka selepas 20 minit belajar ambil rehat selama 5 minit. Kemudian sambung semula 20 minit lagi, kemudian rehat 5 minit, kemudian sambung lagi 20 minit. Dengan ini cukuplah 1 jam tempoh anda belajar. Razz

Dalam satu sesi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar supaya anda tidak jemu. Selang-selikan aktiviti membaca dgn membuat nota, menceritakan semula apa yg telah dipelajari, membuat peta konsep/ peta minda, menjawab soalan-soalan, lakar rajah dan sebgainya.

Jangan letakkan matlamat membaca yg terlalu besar. Misalnya, meletakkan matlamat utk membaca 100 muka surat dlm masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 muka surat lebih munasabah dan boleh dicapai.



Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tentang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.

Sediakan senarai tugas harian (”TO DO” lists) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yg mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran yg disenaraikan.

Rekodkan senarai itu dalam satu kertas bagi memantau tindakan anda menjayakan perancangan anda. Pangkah setiap tugas yg telah selesai dengan jayanya dalam senarai ”TO DO” lists anda.

Memberi ganjaran kepada diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yg telah anda senaraikan. Pelbagai bentuk ganjaran yg boleh dilakukan seperti bermain, berehat, menonton TV dan sebagainya.

Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses output iaitu proses memanggil semula maklumat.

ADA LAGI 2 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG UNTUK DIKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA (TERUTAMANYA PELAJAR-PELAJAR).
NANTIKANNYA, SAYA BERJANJI SECEPAT MUNGKIN SAYA AKAN KEMASKINI MAKLUMAT DALAM TOPIK INI.
study

Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts: 78
Age: 27
Location: Cheras / Tg Malim
Humor: Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date: 25/11/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

Post by Cikgu Sensei on Sat Jun 05, 2010 2:59 am

Rahsia 9: Konsisten atau Istiqamah

Pelajar berjaya adalah mereka yg bukannya rajin hari ni, tapi esoknya malas. Mad Hari ni punyalah rajin mengalahkan Nur Amalina Che Bakri tapi esoknya malas bukan main. Perasaan rajin dan malasnya turun naik macam roda.

Sebaliknya, pelajar yg betul-betul cemerlang adalah mereka yg konsisten atau istiqamah dalam belajar. Buat sedikit, tapi berterusan. Mereka dah meletakkan sasaran, misalnya nak habiskan 10 muka surat setiap hari; atau mahu menjawab 50 soalan setiap hari. Istiqamah membentuk tabiat dan tabiat pula membentuk peribadi.

Anda tentu pernah denga peribahasa ini – sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Peribahasa ini sebenarnya menekankan soal konsisten dalam berusaha. Adalah penting untuk pelajar ketahui bahawa otak kita memerlukan masa untuk memindahkan maklumat dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Oleh itu apabila pelajar itu membuat ulangkaji dan pengulangan secara berterusan akhirnya sesuatu yg sukar dihafal akan menjadi mudah.

Dari mana datangnya keyakinan diri? Sebab ramai pelajar yg berkata bahawa mereka tak yakin untuk cemerlang dalam peperiksaan. Keyakinan datangnya daripada persediaan. Apabila anda konsisten melakukan latihan, maka keyakinan diri turut meningkat. Anda mesti uji kemampuan diri sebelum menduduki peperiksaan.


Arrow Adalah satu kesilapan apabila anda fikir anda telah pun bersedia tanpa terlebih dahulu mengukur kebolehan anda untuk cemerlang.

Arrow Dapatkan soalan-soalan tahun lepas dan jawab mengikut masa dan format seperti dalam peperiksaan sebenar.

Arrow Pastikan anda bukan sekadar membaca dan menghafal sahaja tetapi anda perlu konsisten melakukan proses
pembelajaran output
seperti menjawab soalan, menceritakan semula apa yg telah dibaca, berbincang,
mengajar kawan dan membuat nota-nota output.

ADA LAGI 1 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG UNTUK DIKONGSI BERSAMA ANDA SEMUA (TERUTAMANYA PELAJAR-PELAJAR).
NANTIKANNYA, SAYA BERJANJI SECEPAT MUNGKIN SAYA AKAN KEMASKINI MAKLUMAT DALAM TOPIK INI.
study

Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts: 78
Age: 27
Location: Cheras / Tg Malim
Humor: Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date: 25/11/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

Post by Cikgu Sensei on Sun Jun 06, 2010 6:12 pm

Rahsia 10: Agama Nombor 1


Bagi pelajar agama Islam, mereka faham hakikat hidup ini sebagai satu ibadah dan betapa pentingnya meminta guru menghalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan ibu-bapa agar pelajaran mereka diberkati.
Mereka juga menitikberatkan ibadah harian dan sentiasa berdoa agar hidup mereka sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.

Malah mereka yg mempunyai latar belakang agama yg kukuh biasanya mempunyai self-esteem yg tinggi. Mereka tak mudah mengalah dan putus asa, bersyukur dan reda. Hati mereka juga terang dan mudah faham serta mudah ingat apa yg dah dibaca. Pergantungan hidup mereka hanya kepada Tuhan dan mereka yakin apabila mereka berusaha Tuhan pasti memberi kejayaan.

Kita mesti ingat, hak kita hanyalah berusaha dan hak Tuhan menentukan segalanya. Walau betapa kuat usaha kita, segalanya takkan membuahkan hasil kalau Tuhan tak izinkannya. Oleh itu, dekatkanlah diri kepada Tuhan agar apa yg diusahakan menjadi kenyataan. Malah Tuhan akan mempermudahkan jalan menuju kejayaan.


Bagi orang Islam, sentiasalah berzikir dan mengingati Tuhan. Pastikan anda baca Al-Quran setiap hari. Banyakkan buat solat hajat dan berdoa kepada Tuhan. Insya-Allah, kejayaan akan datang setelah anda berusaha dengan sebetulnya.

DIHARAPKAN AGAR PARA PELAJAR DAPAT MENGIKUTI SEMUA PANDUAN PELAJAR CEMERLANG YANG TELAH DIBINCANGKAN DI ATAS INI DENGAN JAYANYA.
APA LAGI YANG DITUNGGU, KALAU SUDAH MENDAPAT MAKLUMAT BERGUNA INI, IKUTILAH IA, PASTI ANDA TIDAK RUGI
Razz

Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts: 78
Age: 27
Location: Cheras / Tg Malim
Humor: Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date: 25/11/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: 10 RAHSIA PELAJAR CEMERLANG~~~

Post by Cikgu X on Sun Jun 06, 2010 6:45 pm

apa yg cikgu sensei ni berikan sangatlah berguna... tq...

_________________mbf...

Cikgu X
Special Rank

Number of posts: 3202
Registration date: 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum