FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 10 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 10 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

» English Grammar Exercises 1
by M.TASHVEENA* Sat Oct 04, 2014 8:52 pm

» Body Mass Index (BMI) @ Index Jisim Badan
by cahaya suci Sun Sep 21, 2014 3:03 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


PM umum insentif untuk guru-guru

View previous topic View next topic Go down

PM umum insentif untuk guru-guru

Post by Cikgu Edy on Mon May 19, 2008 10:32 am

Siok ni...

a. yang guru bolehlah bekerja lebih dedikasi
b. murid-murid bolehlah mengubah cita-cita menjadi guru

PM umum insentif guru - 350,000 pendidik nikmati peluang naik pangkat lebih luas
Oleh LUKMAN ISMAIL dan NORIZAN ABDUL MUHID

MELAKA 16 Mei – Kira-kira 350,000 guru di seluruh negara merayakan Hari Guru tahun ini dengan berita gembira apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan insentif baru bagi memperkasakan dan memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.

Enam insentif itu termasuk keputusan Kementerian Pelajaran menaikkan pangkat dan gred guru-guru bukan siswazah yang telah melanjutkan pelajaran.

Berucap pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini, Perdana Menteri yakin dengan insentif-insentif itu guru-guru akan lebih bersemangat untuk bekerja.
“Saya berharap guru-guru akan berjalan sebatu ke depan. Inilah yang kita mahu.
“Mudah-mudahan apa yang diberikan ini akan diterjemahkan oleh para guru dengan bekerja lebih bersungguh-sungguh supaya kita dapat melahirkan pelajar yang lebih cemerlang,'' katanya.

Pengumuman itu disambut tepukan gemuruh lebih 3,000 guru yang mendengar ucapannya. Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Abdullah, kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah DGA29 untuk dipertimbangkan kenaikan gred secara time-base setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari gred DG41 kepada DG44.

“Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di gred DGA29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di gred SG41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman DG41.
“Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberikan hadiah kenaikan gaji kepada kakitangan awam,'' kata beliau.

Perdana Menteri berkata, langkah itu juga bertepatan dengan gagasan kerajaan dalam membangunkan modal insan dan bersesuaian dengan dasar pensiswazahan guru yang menggalakkan guru-guru untuk melanjutkan pengajian mereka.
Beliau berkata, pada masa yang sama kerajaan juga bersetuju meluluskan cadangan supaya guru gred DG41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar pada gred DG41.

Susulan kepada penambahan kuota jawatan dalam skim cemerlang sebanyak 300 peratus pada tahun 2006, beliau memberitahu, kerajaan bersetuju untuk menambah baik dua syarat skim guru cemerlang.
Ini termasuk memendekkan syarat tempoh kelayakan guru cemerlang dari tujuh tahun kepada lima tahun pengalaman mengajar bagi pengisian jawatan guru cemerlang DGA32 dari gred asal DGA29 dan jawatan guru besar cemerlang DG44 dari gred asal DG41.

“Bagi pegawai yang telah dinaikkan pangkat guru cemerlang di sesuatu gred, mereka boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred selanjutnya tanpa perlu menunggu tempoh tiga tahun perkhidmatan dalam gred yang sedang disandang,'' kata Perdana Menteri.

Beliau turut mengumumkan peruntukan 10 peratus daripada 1,700 kuota guru besar cemerlang DGA38 akan diberikan kepada pengelola dan guru yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Selain guru dan guru besar bukan siswazah serta guru dan guru besar cemerlang, turut mendapat suntikan daripada insentif yang diumumkan itu ialah para pegawai pelajaran daerah (PPD).

Abdullah berkata, kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred PPD dari gred DG48 kepada gred DG52 dan DG54.
Selain itu, menurut Perdana Menteri, kerajaan juga akan menyeragamkan struktur pejabat pelajaran daerah di seluruh negara dengan memansuhkan pejabat pelajaran gabungan (PPG) bagi negeri Sabah dan Sarawak.

“Selain kenaikan gred PPD, penambahbaikan ini juga akan mewujudkan ratusan jawatan kenaikan pangkat baru untuk para guru yang berkhidmat di pejabat pelajaran daerah,'' ujar beliau. Beliau turut mengumumkan kerajaan telah meluluskan cadangan penstrukturan baru Kementerian Pelajaran yang kali terakhir distrukturkan pada tahun 1995. Peringkat awal kelulusan itu akan melibatkan pertambahan jawatan dan kenaikan gred bagi jawatan pengurusan tertinggi dan ketua bahagian dari gred DG54 hingga ke JUSA A.

Sebagai contoh, jelasnya, kesemua jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran kini diseragamkan pada gred JUSA A berbanding sebelum ini berbeza pada gred JUSA A, B, C dan DG54. Beliau percaya penstrukturan itu dapat memantapkan sistem penyampaian pendidikan di setiap peringkat di negara ini.

_________________mbf...
Be Joyful always...
avatar
Cikgu Edy
Moderator
Moderator

Number of posts : 968
Humor : hiiii hiii . nobody's perfect laa...
Registration date : 08/05/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PM umum insentif untuk guru-guru

Post by Jasmine on Mon May 19, 2008 11:25 am

Tahniah kpd semua warga guru... ini merupakan suatu kbr yg baik utk guru2... bgmanapun, semua ini menuntut guru2 utk:

1. Tingkatkan kualiti diri guru sendiri
2. Tingkatkan kualiti p&p guru dlm kelas

tdk sj berubah dr segi gaji & pangkat, malah ianya juga harus diseimbangkan dgn kualiti. Apapun, tahniah utk semua guru.
avatar
Jasmine
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 88
Registration date : 04/05/2008

View user profile

Back to top Go down

Tahniah!

Post by amanda on Sat Jun 07, 2008 3:21 pm

Tahniah saya ucapkan kepada Cikgu Jasmin dan Cikgu Edy dan juga kepada warga guru yang sedang bercuti! Berita ini mengembirakan guru-guru di negara Malaysia yang aman dan harmoni ini. Tahniah! Very Happy Wink Smile Cool sunny lol! flower I love you
avatar
amanda
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 313
Location : lahad datu, sabah
Humor : pada satu hari, kebun buah pak mat terbakar. apakah buah yang terselamat dari kebakaran itu?
Registration date : 15/05/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PM umum insentif untuk guru-guru

Post by pocahontas on Sun Jun 08, 2008 4:41 am

hai adik amanda, ya belajarlah dgn tekun dan ikutlah segala nasihat guru2 di sekolah adik...
avatar
pocahontas
MBF Member (C)
MBF Member (C)

Number of posts : 62
Registration date : 21/05/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PM umum insentif untuk guru-guru

Post by Borneo on Fri Jun 13, 2008 10:47 am

Saya pun nak komen sedikit mengenai pengumuman yang menggembirakan guru-guru ni.

Memang pada asalnya, tujuan insentif ini untuk membantu menaikkan taraf dan motivasi guru, namun apa yang menyedihkan ialah terdapat pentadbir yang diam-diam sahaja dan tidak menyampaikan pekeliling yang jabatan edarkan kepada sekolah-sekolah untuk disampaikan kepada guru-guru.

Akibatnya, terdapat guru-guru yang sambung belajar dan telah menjawat DG41 melebihi 3 tahun yang belum dinaikkan ke DG44. Ada pentadbir yang pura-pura tidak tahu dan mungkin mahu mereka sahaja yang naik pangkat tak mahu dikalahkan oleh orang bawahan mereka kan? Memang ini kenyataan seperti yang diceritakan oleh seorang kawan saya yang sudah hampir 30 tahun jadi guru tetapi melihat perangai pentadbir ini yang lokek menyampaikan meklumat kepada guru sehingga kasihan guru menanti benda yang tak akan tiba. Dahlah begitu, peruntukan panitia mata pelajaran juga digunakan oleh pentadbir ini untuk tujuan lain misalnya keceriaan dsb. Kasihan kan guru biasa?
avatar
Borneo
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 17
Registration date : 13/06/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PM umum insentif untuk guru-guru

Post by Admin on Fri Jun 13, 2008 1:48 pm

perkara spt ini kita boleh dpti di mana2... agak malang jika guru2 mempunyai pentadbir atau ketua jabatan yg kurang bertanggungjwb atau tdk prihatin terhdp kebajikan guru2 bawahan. Ketua2 yg begini pd saya sebenarnya tdk sesuai menjadi ketua. Mereka lebih cenderung utk mendptkan pujian atau nama drpd pihak atasan dgn melakukan banyak perkara di sekolah yg mgkin tiadapun kaitan dgn kurikulum drpd mengambil berat terhdp kebajikan guru2. Keadaan spt ini akan mengecewakan guru2 yg terlibat dan sdh tentu akan mematahkan semangat mereka dlm bidang mereka. Akibatnya, tiada lain mendpt tempias melainkan murid2 sendiri. Sayapun tiada idea bgmana keadaan ini boleh diatasi kecuali mengharapkan agar sekali-sekala guru2 yg terlibat perlu secara berdepan dan berterus-terang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Perlu diingat siapa yg perlu siapa, ketua perlu guru2 atau guru2 perlu ketua, tiada ketua p&p masih boleh berjalan tetapi tiada guru, p&p akan tergendala. Bila p&p tergendala, maka malang bg murid2....

_________________mbf...
avatar
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: PM umum insentif untuk guru-guru

Post by Borneo on Fri Jun 27, 2008 9:22 am

Terima kasih admin kerana respon pendapat saya. Terdapat pentadbir yang bersikap terbuka apabila menerima kritikan drp orang bawahan tetapi yang sedihnya terdapat pihak pentadbir yang fikir mereka sahaja yg betul dan bila orang bawahan kritik, bermacam-macam cara mereka gunakan untuk pressure atau blacklist guru bawahan mereka. Inilah red tape yang patut dihapuskan dalam pentadbiran mana-mana organisasi pun.

Berbalik kepada pekeliling insentif dan sebagainya drp pihak atasan, yg sedihnya bila kakitangan organisasi yang lambat mendapat maklumat tentang pekeliling terbaru kerana seperti yg saya katakan tadi, pentadbir lambat atau tak sampaikan langsung maklumat tersebut kpd org bawah. Contoh kes: A mengajar di sekolah 1, isteri A pentadbir sekolah 2, isteri A memberitahu A pekeliling terkini jabatan tetapi di sekolah A belum disampaikan maklumat atau pekeliling tentang perkara yg disebut isteri A. Kasihan kan guru biasa. Yg rugi ialah guru biasa manakala pentadbir sekolah A naik pangkat atas kegagalan gurunya kerana maklumat tak sampai.
avatar
Borneo
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 17
Registration date : 13/06/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PM umum insentif untuk guru-guru

Post by Cikgu Edy on Fri Jun 27, 2008 11:21 am

Hai borneo... memang betul, keluhan sebegini sentiasa ada dan mungkin tidak akan ada kesudahannya... saya pun juga SANGAT mengalami perkara ini.

walaupun begitu, kita boleh motivasikan diri sendiri dengan sentiasa membuat sesuatu yang kita memang tidak suka buat tapi kalau kita buat, lama kelamaan... akan ada hasilnya juga dan kita juga akan biasa dengan keadaan itu.. iaitu, seperti berikut. saya telah lakukan ini...

pada mula-mulanya tiada orang yang melihat akan kehadiran saya, tiada orang yang peduli dan tiada orang yang ambil kesah. Tapi selepas tahun demi tahun, saya melihat seperti ada yang tidak kena, selalu kena overtake dan banyak lagi, orang lain memakan madu dan saya hanya merasa hampas-hampas tebu... "SO I DECIDED TO PUT IT A STOP"... saya mula munculkan diri dikhalayak ramai, mula tonjolkan diri dikebanyakkan acara-acara rasmi, saya mula tunjukkan diri di pejabat-pejabat yang berkaitan, saya mula membuat supaya suara saya kedengaran, saya bukan hanya bercakap tapi saya menulis, membuat sesuatu untuk kemajuan DIRI, ,membuat pembaharuan, membuat atitude / perangai yang saya rasakan sesuai untuk watak diri saya, saya mula belajar untuk mengasah bakat-bakat yang ada.... dan akhirnya... saya berjumpa dengan BOSS saya dan mengatakan "I want this and that... ", termasuk anugerah cemerlang, menghadiri kursus dan banyak lagi, saya cabar lagi dia untuk bagi tau siapa kakitangan bawahannya yang lebih baik daripada saya...!!!! (all of this should be done in positive attitude and positive move)

pada ketika ini, every TOP eyes are on me... mereka tidak tahu lagi macamana hendak mengatakan "tidak" kepada saya sebab saya ada disana untuk lakukan yang terbaik untuk diri sendiri, untuk kerja, untuk jabatan dan untuk keluarga... dan saya akan lakukan ini sehingga ada pengganti saya yang mungkin lebih canggih nanti (anak-anak saya pastinya).

Pendapat saya, semua harus berlaku dan bermula dari diri sendiri... walaupun nanti hasilnya kurang memberansangkan namun kita tahu yang kita telah melakukan yang terbaik.

That all for my sharing at this moment...

_________________mbf...
Be Joyful always...
avatar
Cikgu Edy
Moderator
Moderator

Number of posts : 968
Humor : hiiii hiii . nobody's perfect laa...
Registration date : 08/05/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PM umum insentif untuk guru-guru

Post by jster on Sun May 10, 2009 11:26 am

hi..
ntah bagaimana hati ini terasa ingin mencoretkan sesuatu didalam ruangan ini. ya mungkin dengan cara ini dapat membantu saya untuk menjadi yang lebih baik, lebih diterima dan lebih bersemangat..
Sebagai salah seorang daripada organisasi pentadbir di dalam sesebuah sekolah, pernah juga saya mengalami satu situasi dimana aku dikelilingi dengan rakan-rakan guru yang penuh dengan karenah. dalam apa jua keadaan atau situasi, semuanya berpendapat bahawa dia adalah yang terbaik diantara semuanya...pada saya, sifat seperti itu sangat baik andainya diperlihatkan atau diaplikasikan dari sudut yang positif. tetapi parah apabila sifat ini wujud kerana atas ego yang tidak terkawal. ego adalah baik dan perlu ada tetapi ada batasannya. ni nak minta pandangan dari semua rakan dalam ruangan ini...
yang amat menyedihkan, adanya rakan guru yang menyebarkan maklumat yang tidak munasabah langsung kepada pihak-pihak luar semata-mata untuk mendapat publisiti. "dulu semasa di SM dia adalah junior saya. Tapi bila dah kerja ni ,dia pula jadi bos saya". antara lain kata-kata yang sering digunakan..."ahh....buat apa nak dengar arahan dari dia, gred jawatan saya lebih tinggi"... juga sering kedengaran...
fuh...terasa hidup dalam lingkungan orang-orang yang pintar tetapi cetek akal memang amat mengerikan.......
avatar
jster
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 8
Registration date : 10/05/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PM umum insentif untuk guru-guru

Post by Cikgu X on Sun May 10, 2009 4:26 pm

mmg org2 begini sentiasa ada... tdk akan hilang... sdh tentu kita akan rasa geram... yg tdk syok, kita tiada peluang utk beri kenyataan balas, atau terangkan keadaan sebenar.. cuma itu sjlah, jika berpeluang, mgkin masa meeting, taklimat, gunalah masa inidgn sebaik2nya apath lg jika kita tu pentadbir. Cara paling baik adalah jgn tunjuk reaksi terhdp kenyataan2 tersebut, sb selagi kita bereaksi, selagi itulah org tersebut rasa 'menang'. Dan juga, cuba berusaha utk tunjukkan yg kita lebih baik drpd org2 tersebut, lebih baik dr segi motivasi, kualiti, sikap, perangai, kerja dsb. Saya percaya, lambat-laun mereka akan letih juga... dan tambah seronok jika org2 lain tdk nampak org2 tersebut sbg lebih baik drpd anda. Ini adalah pendekatan & cara mengatasi yg lebih baik & lebih 'halus' yg mgkin agak lambat tp berkesan.

_________________mbf...
avatar
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PM umum insentif untuk guru-guru

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum