FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...

Join the forum, it's quick and easy

FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
FORUM MARI BELAJAR
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 48 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 48 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Detergent, suggestions
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:38 pm

» Nak beli mesin basuh
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:32 pm

» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
3 murid dikurung ketika UPSR Stress10 3 murid dikurung ketika UPSR Ikon_b10 3 murid dikurung ketika UPSR Andadibuli 3 murid dikurung ketika UPSR Berikanper 3 murid dikurung ketika UPSR Ikon_j10 3 murid dikurung ketika UPSR Ikon_a11 3 murid dikurung ketika UPSR Ikon_a12
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


3 murid dikurung ketika UPSR

2 posters

Go down

3 murid dikurung ketika UPSR Empty 3 murid dikurung ketika UPSR

Post by Guest Tue Sep 20, 2011 5:41 pm

KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.
Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.
Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis.

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit.

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya.

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit.

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya.

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/ar...kaUPSR/Article

Guest
Guest


Back to top Go down

3 murid dikurung ketika UPSR Empty Re: 3 murid dikurung ketika UPSR

Post by Guest Tue Sep 20, 2011 5:49 pm

takkan murid2 yang lemah ini dikurung ambik periksa UPSR semata2 tak nak prestasi sekolah menurun....tak patut betul,tindakan harus diambil agar perkara yang sama tidak berulang lagi kerana ianya seolah2 menafikan hak2 pelajar tersebut.

Guest
Guest


Back to top Go down

3 murid dikurung ketika UPSR Empty Re: 3 murid dikurung ketika UPSR

Post by sakurai Tue Sep 20, 2011 8:01 pm

ya betul tu...prestasi sekolah pun kadang2 ada pasang surutnya...tidak boleh harapkan setiap tahun dapat murid-murid yang ok saja...pihak sekolah dan guru-guru seharusnya menerima hakikat tersebut..

sakurai
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 4
Registration date : 19/09/2011

Back to top Go down

3 murid dikurung ketika UPSR Empty Re: 3 murid dikurung ketika UPSR

Post by Admin Tue Sep 20, 2011 9:12 pm

haha... 'teruk' sekolah ni gara2 kes begini... mesti ada siasatan & surat tunjuk sebab...
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

3 murid dikurung ketika UPSR Empty Re: 3 murid dikurung ketika UPSR

Post by Admin Tue Sep 20, 2011 10:14 pm

sakurai wrote:ya betul tu...prestasi sekolah pun kadang2 ada pasang surutnya...tidak boleh harapkan setiap tahun dapat murid-murid yang ok saja...pihak sekolah dan guru-guru seharusnya menerima hakikat tersebut..
mungkin inilah antara 'situasi' yg menunjukkan sistem pendidikan kita terlalu berorientasikan peperiksaan...
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

3 murid dikurung ketika UPSR Empty Re: 3 murid dikurung ketika UPSR

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum