FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

» English Grammar Exercises 1
by M.TASHVEENA* Sat Oct 04, 2014 8:52 pm

» Body Mass Index (BMI) @ Index Jisim Badan
by cahaya suci Sun Sep 21, 2014 3:03 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


Penulisan: KEPENTINGAN SUNGAI

View previous topic View next topic Go down

Penulisan: KEPENTINGAN SUNGAI

Post by Admin on Tue Jan 29, 2013 8:59 am

hajar_cruel wrote:tlong sya!!!huhu Crying or Very sad mcm mna mw bwat krngan tntg kpntingan sungai?????anbdy help me????
Kena buat rangka karangan dulu..

_________________mbf...
avatar
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Penulisan: KEPENTINGAN SUNGAI

Post by Admin on Tue Jan 29, 2013 9:01 am


_________________mbf...
avatar
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Penulisan: KEPENTINGAN SUNGAI

Post by Admin on Tue Jan 29, 2013 9:03 am

Sumber: http://fasilitatorbahasa.blogspot.com/2011/04/kepentingan-sungai.html

KEPENTINGAN SUNGAI

Pendahuluan

Sungai merupakan anugerah Tuhan yang sangat berguna kepada makhluk yang hidup melata di muka bumi ini (T).
Keindahan dan kebersihannya semakin hilang daripada pandangan kerana dicemari oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab (I). Masyarakat seharusnya menyedari bahawa sungai-sungai yang terdapat di negara ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri (K).

Huraian Isi
Antara kepentingan sungai adalah sebagai sumber air bukan sahaja kepada manusia malah haiwan liar (AT). Sungai diperlukan oleh penduduk yang tinggal berhampiran dengannya untuk menjalankan rutin harian seperti mencuci, memasak dan mandi (AH1). Bekalan air sungai yang bersih juga dijadikan sebagai minuman kepada penduduk setempat dan juga haiwan (AH2). Oleh itu, kebersihan sungai perlu dijaga bagi menjamin sumber air yang bersih kepada mereka (AP)

Penutup

Tuntasnya, sungai banyak menyumbang kepada kehidupan manusia (R). Tanggungjawab mengekalkan kelestarian sungai di negara ini bukan hanya terletak pada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia tetapi semua pihak perlu saling membahu antara satu sama lain (C). Sekiranya masyarakat bertindak bagai aur dengan tebing nescaya Kempen 1N,1S (Satu Negeri, Satu Sungai) akan mencapai matlamatnya dan kehidupan manusia akan lebih sejahtera (H).


Posted by Cikgu Sulaiman


Last edited by Admin on Tue Jan 29, 2013 9:12 am; edited 1 time in total

_________________mbf...
avatar
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Penulisan: KEPENTINGAN SUNGAI

Post by Admin on Tue Jan 29, 2013 9:08 am

Sumber: http://zaizak69.blogspot.com/2011/10/kepentingan-sungai.html

KEPENTINGAN SUNGAI

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sungai merupakan nadi kehidupan kita. Namun begitu, selaras dengan peralihan zaman, masalah pencemaran air semakin menjadi-jadi. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan kawasan tadahan air dimusnahkan. Hal ini juga telah banyak memberikan implikasi yang buruk kepada manusia dan hidupan lain, terutamanya hidupan akuatik. Pembuangan sampah sarap dan sisa toksik ke dalam sungai telah membawa kepada pencemaran sungai. Sungai yang tercemar akan menjadi semakin cetak dan mudah menyebarkan penyakit kencing tikus. Lama-kelamaan, dunia juga akan menghadapi krisis bekalan air bersih. Dengan ini, kita wajiblah mengekalkan kebersihan sungai sebelum keadaan sungai menjadi teruk kerana sediakan payung sebelum hujan.


Sejak zaman lampau lagi, sungai telah memainkan peranannya yang penting dalam kehidupan harian kita. Sungai merupakan sumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. Manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti sebagai air minuman dan kegunaan domestik. Bekalan air yang bersih sangat penting dalam kegunaan harian supaya peralatan yang kita guna akan sentiasa dicuci dengan bersih. Hal yang demikian kerana peralatan yang kotor lazimnya mempunyai bakteria pada permukaanya yang akan mempengaruhi kesihatan kita. Jika peralatan berkenaan tidak dicuci sehingga bersih, kuman-kuman seperti pada permukaan pinggan akan masuk ke dalam badan kita. Lanjutan itu,kita akan menghidap sesuatu penyakit. Jelaslah bahawa betapa pentingnya sungai dalam kehidupan harian kita. Oleh itu,cintailah sungai kita dengan memelihara dan memulihara sungai supaya dapat memastikan bekalan air bersih yang berterusan.


Tambahan pula, sungai membekalkan makanan dan pendapatan kepada manusia. Sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam yang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut
laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, udang dan ketam sangat tinggi. Pengambilan protein yang mencukupi membolehkan tumbesaran badan kita berkembang dengan seimbang. Sementara itu, sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan. Hal ini kerana sungai memberi rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran sungai dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai seperti ikan dan udang. Tuntasnya, kita seharusnya menyayangi sungai yang membekalkan makanan dan pendapatan kepada kita.


Peranan sungai juga dapat dilihat apabila sungai dijadikan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan. Hal ini kerana sungai mempunyai landskap yang menarik. Sebagai contohnya, Negara Endau-Rompin yang terletak di legeh sungai Endau dan sungai Rompin telah dijadikan sebagai kawasan rekreasi yang menjadikan tarikan pelancongan. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di kawasan tersebut seperti berkayak,menjejaki hutan, memancing dan berkelah. Selain itu, sungai digunakan untuk menjana hidroelektrik dengan membina empangan untuk membekalkan sumber tenaga kepada rakyat. Empangan yang dibina juga berpotensi menjadi suatu kawasan pelancongan yang menarik. Secara langsung dan tidak langsung, sektor pelancongan negara akan berkembang pesat. Oleh itu, kita sewajarnya mengekalkan kebersihan air sungai supaya kawasan sungai dapat dijadikan sebagai tempat pelancongan.


Sungai juga memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan. Hal ini disebabkan oleh sungai telah menjadi jalan perhubungan utama untuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan bandar. Kawasan
yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya juga dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, udara dan air. Sebagai contoh, sungai dapat mengangkut kayu balak dari hutan ke kawasan bandar. Hal ini bukan sahaja menjimatkan tenaga pekerja, malah juga dapat menjimatkan kos pengangkutan. Dengan ini, kita mestilah menyayangi sungai supaya fungsinya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan dapat dilestarikan.

Kesimpulannya, kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikawal pasti sejak zaman-berzaman. Sungai memainkan peranan yang besar dalam membekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Pada masa dahulu sungai
telah dijadikan sebagai jalan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Bagi memelihara sungai, pelbagai prakarsa telah dijalankan oleh pihak berkuasa seperti Kempen Cintai Sungai. Sungai yang tercemar akan memudaratkan kehidupan. Oleh itu, wajarlah sungai dipelihara untuk tatapan generasi akan datang bagi menjamin kesinambungan kehidupan di muka bumi ini.

[608 patah kata]

Nukilan ; Kumpulan Koh Yan Chyi 5 Berlian 2011

_________________mbf...
avatar
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Penulisan: KEPENTINGAN SUNGAI

Post by Admin on Tue Jan 29, 2013 9:14 am

Sumber: http://subrato403.blogspot.com/2011/11/kepentingan-sungai.html

Pendahuluan:

Sejarah: Tamadun awal manusia bermula di tepi sungai. Sebagai contoh, tamadun Hindu – Sg.Indus; tamadun Cina – Sg Hwang Ho; tamadun Mesapotemia – Sg.Tigris dan Euphratis. Dahulu sampai sekarang dungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.


Isi karangan:


1. Sebagai sumber protein
- sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam yang
membekalkan sumber protein.
- hidupan akuatik ini merupakan sumber protein alternatif bagi manusia sekiranya sumber protein dari laut sukar diperoleh.

2. Sungai boleh dijadikan tempat untuk beriadah
- tempat berkelah
- aktiviti memancing
- pusat rekreasi – aktiviti bersampan, berkayak dan lain-lain.


3. Sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan

- resort didirikan
- gerai-gerai dibina
- rumah persinggahan

4. Sungai sebagai sumber air kepada manusia
- manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan: untuk minum, dan kegunaan domestik-
mencuci, memasak dan mandi.

Kesimpulan:

Kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikenal pasti sejak zaman-berzaman. Pada masa dahulu sungai dijadikan jalan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Pekan-pekan dan kota terbina di sepanjang sungai. Fungsi sungai itu masih kekal sehingga sekarang. Oleh itu sungai perlu dijaga dan dipelihara. Kempen Cintai Sungai dan Program Sungai angkat perlu diteruskan dan diperkasakan semula demi kepentingan manusia dan mengekalkan kawasan bekalan air bersih.


Posted by
Subramaniam Rengasamy

_________________mbf...
avatar
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Penulisan: KEPENTINGAN SUNGAI

Post by Admin on Tue Jan 29, 2013 9:17 am

Ada beberapa contoh karangan kepentingan sungai di atas... boleh dijadikan panduan... penghargaan kpd penulis & sumbernya..

_________________mbf...
avatar
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Penulisan: KEPENTINGAN SUNGAI

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum