FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

» English Grammar Exercises 1
by M.TASHVEENA* Sat Oct 04, 2014 8:52 pm

» Body Mass Index (BMI) @ Index Jisim Badan
by cahaya suci Sun Sep 21, 2014 3:03 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


Bagaimana nak tingkatkan memori semasa pembelajaran?

View previous topic View next topic Go down

Bagaimana nak tingkatkan memori semasa pembelajaran?

Post by Home Tutor Amir on Tue Nov 26, 2013 8:44 pm

Subjek yang paling ditakuti dan tidak disukai oleh ramai pelajar adalah Sejarah. Kerana Sejarah bermakna perlu banyak membaca!
Tepat sekali. Jika tak dibaca, bagaimana ilmu akan masuk dalam kepala? Umpama empangan air yang menadah dan menyimpan air hujan dan air dari pelbagai anak sungai yang mengalir masuk ke dalamnya. Sekiranya hujan tidak turun sekian lama dan anak sungai semua kering, maka empangan juga akan kering. Lantas tiadalah bekalan air bersih untuk penduduk dan huru-haralah negara!
 
Begitu juga dengan Empangan Minda. Sekiranya tiada ilmu baru yang mengalir masuk ke dalam otak, maka bagaimana mungkin dapat dikeluarkan apa pun maklumat sewaktu peperiksaan nanti? Jadi analogi Empangan Otak adalah gambaran betapa pentingnya aktiviti membaca untuk menambah bekalan ilmu.
 
Tapi ini membawa kita kepada masalah pokok tentang pelajar yang selalu lupa apa yang dibaca. Lebih banyak dibaca, lebih banyak yang dilupa. Maka timbul persoalan bagaimana untuk mengekalkan apa yang dibaca dengan cara meningkatkan memori yang disimpan.
 
Secara ringkas, ada 3 cara utama untuk meningkatkan memori :
1) Dengan mempraktiskan Pembelajaran Aktif semasa membaca
2) Dengan membuat Rujukan Berkala tentang perkara yang dibaca

3) Dengan mempelajari Untuk Menguasai bukan sekadar untuk mengetahui
 
CARA 1 : PEMBELAJARAN AKTIF
Pembelajaran Pasif bermakna setakat membaca sepintas lalu, sekadar cukup syarat atau memuaskan hati sendiri bahawa "saya sudah baca buku". Tapi hasil biasanya mengecewakan, kerana tiada apa yang dapat diingat.

Pembelajaran Aktif bermaksud melakukan beberapa perkara Proaktif seperti berikut :

1(a) : Melibatkan diri dalam Pembacaan
- maknanya tanya diri sendiri apa yang dibaca. Berfikir secara kritis dan kritikal tentang bahan yang dibaca. Banyakkan bertanya soalan sebelum, semasa dan selepas membaca
- buat deduksi tentang apa yang mungkin berlaku sebelum dan selepas sesuatu perkara yang dibaca
- belajar untuk membuat ringkasan tentang bahan bacaan yang panjang

1(b) : Menggunakan Kuasa Visualisasi semasa Membaca
- Bayangkan bahawa anda sedang berada di lokasi dan masa dalam bahan bacaan. Seolah-olah anda sendiri sedang mengalaminya
- Kuasa Visualisasi tidak mudah tetapi tidak mustahil untuk dipelajari



1(c) : Buat Nota Sendiri
- Nota yang ada di dalam buku mungkin sudah bagus bagi anda tetapi nota terbaik adalah nota yang anda buat sendiri!
- Cetuskan persoalan setiap kali anda membuat nota
- Songsangkan dan susun semula ayat asal tapi maknanya masih sama untuk menguatkan lagi ingatan pada bahan bacaan



1(d) : Guna Teknik Memori PQRST (Preview, Question, Read, State, Test)
- Preview bermakna membuat imbasan tentang apa yang akan dibaca
- Question telah diterangkan dalam 1(a)
- Read bermakna baca dengan sepenuh perhatian tanpa mengambil nota
- State bermaksud menyebut secara kuat apa yang anda faham (Review)
-  Test bermakna menguji pemahaman dengan cuba menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dibaca

 
CARA 2 : RUJUKAN BERKALA
Pembelajaran tentang sesuatu topik perlu diulang beberapa kali sebelum "it sticks on your mind".
Dalam bidang pengiklanan, sesuatu iklan perlu dilihat sebanyak 3 kali oleh pengguna, sebelum dia 'perasan akan kewujudan iklan tersebut' manakala perlu 3 kali perasan sebelum dia 'terkesan'  untuk membeli produk yang diiklankan. Saya masih mencari statistik untuk proses pembelajaran tapi saya pasti nisbahnya pasti tidak jauh daripada proses pengiklanan ini.
Pendeknya, apa yang telah dipelajari perlu diulang-tayang, diulang-ingat, diulang-buat supaya tidak luput daripada ingatan.

CARA 3 : BELAJAR UNTUK MENGUASAI
Analogi yang saya ingin gunakan untuk menerangkan konsep ini adalah sepertimana seseorang yang ingin memasuki pertandingan Treasure Hunt. Pemburu Harta yang berkaliber akan "meninjau" terlebih dahulu "route" Treasure Hunt yang bakal dilalui. Mereka akan membuat nota tentang papan tanda, landmarks dan tempat2 yang menarik dan pelik. Mereka akan mengagak apakah soalan yang mungkin akan keluar dan cuba memikirkan jawapan terlebih dahulu.
Oleh itu pada hari pertandingan sebenar, apabila mereka mendapat Klu Sebenar dalam Tresure Hunt tersebut, mereka akan LEBIH MUDAH menyelesaikan klu yang diberi kerana mereka TELAH MENGUASAI apa yang mereka PELAJARI. Mereka masuk pertandingan untuk MENANG, jadi mereka tahu mereka wajib MENGETAHUI segala selok belok tentang perjalanan mereka menuju kejayaan. "

Begitu juga pelajar, sepatutnya pelajar belajar untuk MENANG. Untuk menang pelajar mesti memasang azam dan tekad untuk MENGUASAI subjek yang dipelajari, bukan setakat belajar untuk puaskan hati emak bapak yang ingin lihat kita belajar.
 
 
avatar
Home Tutor Amir
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 4
Age : 43
Location : KL
Registration date : 25/11/2013

View user profile http://tutortutee.com/blog/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum