FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 18 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 18 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 9:16 pm
Latest topics
» PartTime English Teacher Required (RM3700) - Weekend / After Office Hour
by anissophea Wed Oct 22, 2014 8:32 am

» Terjemahan Melayu - Inggeris ( English to Malay Translation )
by anissophea Tue Oct 21, 2014 9:56 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 10:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 7:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 7:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 7:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 9:08 pm

» soalan BM
by M.TASHVEENA* Mon Oct 06, 2014 12:52 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 3:37 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 3:29 pm

» English Grammar Exercises 1
by M.TASHVEENA* Sat Oct 04, 2014 7:52 pm

» Body Mass Index (BMI) @ Index Jisim Badan
by cahaya suci Sun Sep 21, 2014 2:03 pm

» Attention !! Tlg Share Ramalan SPM tahun 2014
by icakus Thu Sep 11, 2014 9:31 pm

» Bagaimana kamu tahu tentang forum ini?
by aqilah humaira' Thu Aug 28, 2014 9:05 pm

» paper 2 sangat susah!!..
by king danesh Thu Aug 28, 2014 8:50 pm

» Berapa Result UPSR anda?
by Najib Rosli Sat Aug 23, 2014 11:30 am

» Newbie!!
by erwinmaya Tue Aug 19, 2014 4:49 pm

» KERJAYA SEBAGAI PEGUAM???
by dama Mon Aug 18, 2014 6:12 pm

» karangan bi paper 2
by Admin Fri Aug 15, 2014 11:54 pm

» MATE FORM 3
by Samirah Halman Tue Aug 12, 2014 7:59 pm

» Laporan Aktiviti Gotong-Royong
by danessa alia Sat Aug 02, 2014 11:30 am

» Mandarin class/course for adult in Klang,Selangor
by acesilmy Thu Jul 24, 2014 5:05 pm

» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
by acesilmy Thu Jul 24, 2014 3:27 pm

» Saya TAk faham BM pemahaman
by Admin Tue Jul 08, 2014 10:33 pm

» Learn Chinese Language for Kids in Klang, Slangor
by acesilmy Thu Jun 19, 2014 5:37 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


Fenomena Pemanasan Global

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin on Sun Apr 20, 2008 9:48 pm

Dipetik drpd Utusan Online...

Tangani fenomena pemanasan global
Oleh Mohd. Subhi Marsan

BARU-BARU ini, Parlimen telah berbahas mengenai isu pemanasan global yang memberi kesan kepada keadaan iklim dan cuaca negara ini. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan dalam sesi perbahasan berkata tiada jaminan kejadian seperti banjir di Johor awal tahun lalu tidak berulang dan menerima taburan hujan yang tinggi daripada paras normal.

Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu normal.

Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan ‘hutan batu’ dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi.

Kesan saintifik pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.

Sebelum ini, kita pernah menyalahkan negara jiran kononnya menjadi punca keadaan jerebu dan pemanasan kawasan hampir seluruh negara yang diakibatkan aktiviti pembakaran hutan di negara tersebut.

Namun demikian, jika kita kaji dan teliti sebenarnya tidak banyak berlaku perubahan pemanasan alam sekitar sama ada semasa jerebu ataupun tidak. Mengapa keadaan ini berlaku? Faktor kebakaran hutan hanyalah sebagai sebahagian penyumbang kepada pemanasan global. Banyak faktor lain yang mempengaruhi pemanasan alam sekitar ini.

Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC).

Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim berlakunya ribut taufan yang sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut dan 14 kejadian puting beliung telah berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu Katrina, Rita dan Wilma terjadi dalam satu musim. Kejadian ribut taufan ini bukan sahaja melanda Benua Amerika, malahan menyerang juga negara China, Korea, dan pantai sekitar Laut China Utara.

Pada tahun lepas pula dikhabarkan penduduk di beberapa negara di Afrika yang lazimnya terkenal sebagai negara panas kerana mempunyai kawasan gurun yang sangat luas telah menyaksikan salji dalam tempoh 25 tahun.

Di Eropah pula, diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada kepanasan melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun 2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali.

Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang serta panas dan kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih daripada 8.5 juta ekar kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan di darat dalam jangka masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan global.

Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.

Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seumpama pembebasan CFC. Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar.

Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal.

Kejadian banjir besar di Johor pada awal tahun lalu itu adalah antara kejadian yang membuka mata banyak pihak di negara kita.

Amaran
Peristiwa banjir besar yang menenggelamkan sebahagian petempatan di Lembah Klang seperti di Batu Tiga dan Taman Tun Dr. Ismail juga memberi kesan mendalam dan seolah-olah mahu memberikan amaran kepada negara kita bahawa peristiwa besar itu tidak akan berhenti malah akan terjadi pada bila-bila masa.

Umpama peribahasa, ‘sediakan payung sebelum hujan’ dan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’, langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesannya adalah perlu supaya kejadian seperti itu tidak memburukkan imej pengurusan alam sekitar dan pembangunan negara.

Negara tidak boleh berkompromi dengan tanggungjawab sosial menjaga dan memelihara alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada generasi muda perlu dimulakan sejak di rumah atau di bangku sekolah lagi.

Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan kerana ada golongan yang kaya, mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat soal alam sekitar.

Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar kejadian yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat boleh diminimumkan kesannya.

Langkah-langkah lain boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk.

Langkah-langkah negara lain seperti sistem Green Dot di Jerman, cukai bahan buangan di Denmark dan mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang di Taiwan patut menjadi teladan dan dorongan ke arah mesra alam sekitar di negara ini.

Green Dot di Jerman ialah sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahan-bahan pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikutip, diasingkan dan dikitar semula.

Cukai bahan buangan di Denmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan insinerator akan dikenakan tetapi tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula. Pembuangan, dan pembakaran beg plastik pula memberi kesan buruk kepada persekitaran kerana menjadi punca sampah dan kekotoran.

Isu pemanasan global adalah isu dunia dan bukan sahaja negara kita yang terlibat. Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global mungkin tidak seberapa namun, sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan alam sekitar.

Admin
Admin
Admin

Number of posts: 3363
Registration date: 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin on Mon Apr 21, 2008 1:33 am

gambar pencemaran bumi


Admin
Admin
Admin

Number of posts: 3363
Registration date: 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

reply

Post by AMY on Fri May 02, 2008 8:46 pm

I hope all of this will stop......... pale Exclamation affraid confused

AMY
MBF Regular Member
MBF Regular Member

Number of posts: 178
Age: 18
Location: Sandakan Town
Humor: pikir la sendiri....
Registration date: 30/04/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin on Sat May 03, 2008 1:33 am

AMY wrote:I hope all of this will stop......... pale Exclamation affraid confused
yes, we all hope all these will stop, but the problem is it's very difficult to change humans' attitude.

_________________mbf...

Admin
Admin
Admin

Number of posts: 3363
Registration date: 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by baxley on Mon May 05, 2008 7:14 pm

yes thats true Wink Smile Very Happy cyclops pirat cheers

baxley
MBF Member (A)
MBF Member (A)

Number of posts: 121
Location: SRK St.Edmund Kota Belud
Registration date: 22/04/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin on Tue May 06, 2008 7:58 pm

Tahukah kenapa kita selalu dengar mengenai banjir sejak kebelakangan ini?
Sebabnya...
1. Iklim bumi (atau suhu) semakin panas, menyebabkan ais di kutub utara & selatan semakin mencair (melebur), maka semakin banyaklah air di bumi. Sebenarnya ais di kutub berperanan utk mengawal jumlah air di bumi.
2. Bila jumlah air bertambah, banyak daratan akan tenggelam. Bermakna, kawasan darat semakin kecil.

Kenapa bumi semakin panas?
1. Manusia banyak mengeluarkan asap pencemaran drpd kenderaan, kilang2, dan gas2 spt karbon dioksida, metana dan sebagainya. Pendek kata apa sj jenis gas, termasuklah asap rokok & masakan dari dapur.
2. Gas2 ini akan tersimpan/terkurung di atmosfera (udara) kita & tidak akan terlepas ke angkasa.
3. Bila haba drpd matahari memancar ke bumi, sepatutnya sedikit shj yg akan diserap oleh bumi manakala sebahagian besar akan dipantulkan semula ke angkasa.
4. Bgmanapun, kerana adanya gas2 yg terkurung di atmosfera(udara) kita, maka haba ini akan terhalang drpd dipantulkan (dibuang) balik ke angkasa. Semakin banyak haba terkumpul, semakin panaslah bumi kita.
5. Dan semakin panas bumi kita, semakin cepatlah ais di kutub melebur/mencair.
5. Maka, semakin cepat ais di kutub melebur, semakin banyaklah jumlah air di sini bumi.
6. Dan apabila jumlah air sini bumi semakin bertambah, daratan (tanah) pun akan semakin kecil kerana semakin banyak kawasan yg akan perlahan2 ditenggelami air.

Anda takut? Apa yg anda perlu buat?
CINTAILAH ALAM SEKITAR! JANGAN MENCEMARKAN ALAM SEKITAR ANDA !!! Jangan membuang sampah di merata2 tempat, jgn suka2 membakar secara terbuka, jgn sewenang2nya menebang pokok2, jgn suka2 buang sampah ke sungai atau laut... dan beritahu kawan2 agar menjaga BUMI kita ini. Jangan musnahkannya...

_________________mbf...

Admin
Admin
Admin

Number of posts: 3363
Registration date: 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Borneo on Fri Jun 13, 2008 10:06 am

Tahniah admin kerana berkongsi ilmu dengan ahli-ahli forum. Satu perkara lagi yang kita terlupa mengenai punca pemanasan global ialah berlaku kejadian dimana bumi hampir dengan matahari pada masa tertentu mengikut kiraan pakar astronomi. Fenomena ini juga telah menyumbang kepada isu pemanasan global dan rentetan drp itu, berlaku kecairan air di Kutub yang disebutkan oleh admin tadi dan berlaku fenomena alam seperti banjir dsb. Fenomena ini tidak dikaitkan dengan tabiat manusia tetapi kejadian ini memang tidak dapat dielakkan kecualilah kita ini makhluk berkuasa seperti Superman dsb yg boleh mengubah arah putaran bumi dan jaraknya drp matahari. Very Happy

Borneo
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts: 17
Registration date: 13/06/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin on Fri Jun 13, 2008 12:30 pm

terima kasih Borneo ttg informasi yg diberi.... ya betul tu, dlm peredaran bumi mengelilingi matahari, peredarannya dlm bentuk elips (bujur) menyebabkan ada ketika di mana kedudukan bumi agak hampir dgn matahari dan pd ketika inilah suhu bumi akan meningkat drpd keadaan biasa. Jd, ini juga menyumbang kpd pemanasan global. Thanks Borneo...

_________________mbf...

Admin
Admin
Admin

Number of posts: 3363
Registration date: 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by baxley on Mon Aug 25, 2008 6:40 pm

yes, i hope all of this will stop. Crying or Very sad if they realize what are they doing, they will stop this instantly. Smile

baxley
MBF Member (A)
MBF Member (A)

Number of posts: 121
Location: SRK St.Edmund Kota Belud
Registration date: 22/04/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by jenson on Mon Sep 01, 2008 5:12 pm

haiiyyaaaa............these ungrateful human beings just keep on destroying earth....i remember wen i was little, the afternoons have normal temperature(perfect for playing outside...hahaha)....BUT NOW....huh....u all know wat i mean.....

jenson
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts: 3
Age: 21
Location: SABAHHH
Registration date: 01/09/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin on Mon Sep 01, 2008 6:29 pm

yes, this is the problem that we are facing nowadays... and do you think it will back to normal? No, it will become worst... the more the number of human, the more the activities, so the more we release greenhouse gasses to the air... and the warmer our earth... the more the occurrence of floods... so there will be more people die...

_________________mbf...

Admin
Admin
Admin

Number of posts: 3363
Registration date: 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by diya99 on Sun Apr 26, 2009 6:43 am

If only one person relize the awareness to take care of our Earth, it would'nt give any drastic changes. I think a campaign like replanting trees in the urban area may help.As we can see less trees we can find in this area. We know the function of trees as the cooler agent of Earth. So why don't we increase the number of trees in this area. Atleast it can absorb and reduce the green house gasses.

diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts: 84
Location: sabah
Registration date: 17/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Cikgu X on Sun Apr 26, 2009 9:17 am

yes that's true... i agree with you... we must plant more trees to reduce the heat and green house gasses. But what is happening now is enough to make us panic... the number of plants decrease so fast... because of what we called development...

_________________mbf...

Cikgu X
Special Rank

Number of posts: 3202
Registration date: 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by diya99 on Sun Apr 26, 2009 11:36 am

Well. I think our government should strictly take an action only to approve the project that will take care of our environment. Means that, the contractor needs to plan a project that include the way to preserve our environment.

diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts: 84
Location: sabah
Registration date: 17/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Idz on Tue Apr 28, 2009 6:53 pm

Perubahan iklim global sememangna isu panas yang sering dibincangkan oleh para saintis di seluruh dunia. Baru-baru ini, ahli sains kaji iklim mengeluarkan amaran tentang isu pemanasan global yang mana telah menggalakkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) meminta ahli politik sedunia supaya menangani krisis pemanasan global tersebut.

Purata suhu permukaan global boleh meningkat antara 1.1 °C (1.98 °F) dan 6.4 °C (11.52 °F) berbanding dengan tahun 1980 hingga 1990. Paras laut akan meningkat sekurangnya 18 cm (7.2 inci). Perubahan iklim telah menyebabkan kesan global dari segi aspek fizikal, kimia dan sistem biologi.

Penilaian ke atas imej satelit membolehkan jenis perubahan secara serantau dan kedudukan sebenar sumber perubahan dapat dikenalpasikan. Data inej satelit dapat digunakan dalam pemantauan pelbagai perara berkaitan perubahan pemanasan iklim global anataranya letusan gunung berapi, kejadian El Nino, peningkatan suhu bumi, penipisan lapisan ozon, pencairan glasier dan kenaikan paras laut.

Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts: 452
Registration date: 31/01/2009

View user profile

Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum