FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

» English Grammar Exercises 1
by M.TASHVEENA* Sat Oct 04, 2014 8:52 pm

» Body Mass Index (BMI) @ Index Jisim Badan
by cahaya suci Sun Sep 21, 2014 3:03 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


Fenomena Pemanasan Global

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin on Sun Apr 20, 2008 10:48 pm

First topic message reminder :

Dipetik drpd Utusan Online...

Tangani fenomena pemanasan global
Oleh Mohd. Subhi Marsan

BARU-BARU ini, Parlimen telah berbahas mengenai isu pemanasan global yang memberi kesan kepada keadaan iklim dan cuaca negara ini. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan dalam sesi perbahasan berkata tiada jaminan kejadian seperti banjir di Johor awal tahun lalu tidak berulang dan menerima taburan hujan yang tinggi daripada paras normal.

Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu normal.

Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan ‘hutan batu’ dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi.

Kesan saintifik pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.

Sebelum ini, kita pernah menyalahkan negara jiran kononnya menjadi punca keadaan jerebu dan pemanasan kawasan hampir seluruh negara yang diakibatkan aktiviti pembakaran hutan di negara tersebut.

Namun demikian, jika kita kaji dan teliti sebenarnya tidak banyak berlaku perubahan pemanasan alam sekitar sama ada semasa jerebu ataupun tidak. Mengapa keadaan ini berlaku? Faktor kebakaran hutan hanyalah sebagai sebahagian penyumbang kepada pemanasan global. Banyak faktor lain yang mempengaruhi pemanasan alam sekitar ini.

Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC).

Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim berlakunya ribut taufan yang sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut dan 14 kejadian puting beliung telah berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu Katrina, Rita dan Wilma terjadi dalam satu musim. Kejadian ribut taufan ini bukan sahaja melanda Benua Amerika, malahan menyerang juga negara China, Korea, dan pantai sekitar Laut China Utara.

Pada tahun lepas pula dikhabarkan penduduk di beberapa negara di Afrika yang lazimnya terkenal sebagai negara panas kerana mempunyai kawasan gurun yang sangat luas telah menyaksikan salji dalam tempoh 25 tahun.

Di Eropah pula, diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada kepanasan melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun 2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali.

Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang serta panas dan kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih daripada 8.5 juta ekar kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan di darat dalam jangka masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan global.

Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.

Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seumpama pembebasan CFC. Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar.

Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal.

Kejadian banjir besar di Johor pada awal tahun lalu itu adalah antara kejadian yang membuka mata banyak pihak di negara kita.

Amaran
Peristiwa banjir besar yang menenggelamkan sebahagian petempatan di Lembah Klang seperti di Batu Tiga dan Taman Tun Dr. Ismail juga memberi kesan mendalam dan seolah-olah mahu memberikan amaran kepada negara kita bahawa peristiwa besar itu tidak akan berhenti malah akan terjadi pada bila-bila masa.

Umpama peribahasa, ‘sediakan payung sebelum hujan’ dan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’, langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesannya adalah perlu supaya kejadian seperti itu tidak memburukkan imej pengurusan alam sekitar dan pembangunan negara.

Negara tidak boleh berkompromi dengan tanggungjawab sosial menjaga dan memelihara alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada generasi muda perlu dimulakan sejak di rumah atau di bangku sekolah lagi.

Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan kerana ada golongan yang kaya, mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat soal alam sekitar.

Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar kejadian yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat boleh diminimumkan kesannya.

Langkah-langkah lain boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk.

Langkah-langkah negara lain seperti sistem Green Dot di Jerman, cukai bahan buangan di Denmark dan mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang di Taiwan patut menjadi teladan dan dorongan ke arah mesra alam sekitar di negara ini.

Green Dot di Jerman ialah sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahan-bahan pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikutip, diasingkan dan dikitar semula.

Cukai bahan buangan di Denmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan insinerator akan dikenakan tetapi tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula. Pembuangan, dan pembakaran beg plastik pula memberi kesan buruk kepada persekitaran kerana menjadi punca sampah dan kekotoran.

Isu pemanasan global adalah isu dunia dan bukan sahaja negara kita yang terlibat. Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global mungkin tidak seberapa namun, sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan alam sekitar.
avatar
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down


Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Idz on Tue Apr 28, 2009 10:15 pm

Apakah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau?

  • Di peringkat negeri pelbagai undang-undang boleh digubal untuk mengurangkan pembalakan dan penebangan hutan. Pengurusan hutan yang lestari juga harus diamalkan. Pembalakan dan industri berasaskan sumber –sumber hutan harus mengikuti garis panduan yang telah dibangunkan untuk tujuan pembangunan industri berasaskan hutan secara lestari. Contoh-contoh garispanduan tersebut adalah seperti pensijilan FSC (Forest Stewarship Council).

  • Di peringkat kebangsaan dan dengan kerjasama kerajan negeri dan tempatan pelbagain usaha-usaha pemantauan dapat dilakukan untuk mengalakkan industri-industri menggunakan peralatan seperti motor yang efisien dan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

  • Infrastruktur dan sistem pengangkutan awam harus diperluaskan ke kawasan perumahan supaya penggunaan kereta persendirian juga boleh dikurangkan. Sistem pengangkutan awam juga harus selamat untuk pengguna, terutamanya bagi kaum wanita.

  • Kerajaan juga boleh menjadikan pelabelan kecekapan tenaga bagi peralatan eletrik seperti lampu, peti sejuk dan lain-lain perkakas elektrik wajib atau mandatori. Seterusnya mengenakan tindakan untuk mengelakkan penjualan perkakas elektrik yang tidak mempunyai label atau penyalahgunaan label-label tersebut.

  • Pihak kerajaan juga harus meningkatkan kajian terhadap penggunaan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui bagi pengangkutan dan penjanaan tenaga elektrik. Kita harus mengurangkan pergantungan terhadap bahan api fosil.
avatar
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Cikgu X on Tue Apr 28, 2009 10:23 pm

3. Sudahkah pemanasan global berlaku?

  • Ya... perubahan sdhpun kelihatan spt...
  • peningkatan purata suhu permukaan bumi kira2 1°F pd kurun ke-20
  • pengurangan/pengecilan penutupan salji dan ais laut dan juga glacier di pergunungan pd pertengahan kurun ke-20
  • peningkatan paras air laut
  • peningkatan suhu air laut
  • peningkatan kuantiti hujan di tengah & kawasan tinggi di hemisfera utara & kawasan daratan tropika
  • peningkatan frekuensi (kekerapan) kejatuhan hujan yg teruk di kawasan2 tertentu di dunia
Contoh2 perubahan fizikal & ekologi yg diperhatikan:

  • peleburan frost
  • pemanjangan musim menanam di kawasan tenga & kawasan tinggi
  • Lengthening of the growing season in middle and high latitudes
  • pengurangan bilangan spesies tumbuhan & haiwan
  • pengeluaran bunga yg awal pd pokok
  • ancaman kepupusan serangga2 yg terlalu awal
  • musim bertelur burung yg terlalu awal
4.....

_________________mbf...
avatar
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Idz on Wed Apr 29, 2009 4:09 pm

Dua satelit daripada Special Sensor Microwave Imagery (SSMI) yang diambil pada tahun 1979, 2003 dan September 10, 2008 (NASA Aqua Satellite menunjukkan perubahan pada bahagian Lautan Artik.

Imej satelit daripada Advanced Spaceborne Thermal Emission and Reflection Radiometer (ASTER) pula menunjukkan berlakunya pencairan ke atas Glasier Helheim di Greenland antara Julai 2003
avatar
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Idz on Wed Apr 29, 2009 4:14 pm

Terkini dalam bulan September 2008, pihak NASA telah mengeluarkan gambar satelit yang menunjukkan kawasan Kutub Artik utara sudah menjadi sebuah pulau kerana pencairan ais. Buat pertama kali kita menyaksikan kemunculan pulau yang dahulu kawasan ini diselaputi oleh glasier. Peningkatan paras laut turut dapat dikesan menggunakan imej satelit.
avatar
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Cikgu X on Wed Apr 29, 2009 7:23 pm

4. Berapa peningkatan suhu bumi?

  • laporan saintis, suhu permukaan bumi akan naik antara 2.5° & 10.4°F (1.4°-5.8°C) dr tahun 1990-2100 jika tiada usaha drastik diambil utk mengurangkan pengeluaran gas2 rumah hijau.
  • Saintis menganggarkan, walaupun kita berhenti mengeluarkan gas2 rumah hijau serta-merta, iklim tdk akan stabil dlm beberapa dekat kerana gas2 yg telah dibebaskan di atmosfera akan kekal selama bertahun2 atau mgkin kurun. Jd, suhu tdk akan kembali ke normal dgn cepat.
  • Semakin cepat/bertambah kepanasan bumi, semakin besar kemungkinan perubahan iklim yg tdk dpt di'terbalikkan'.
5.....

_________________mbf...
avatar
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Cikgu X on Wed Apr 29, 2009 9:44 pm

5. Adakah dgn kenaikan suhu yg kecil boleh mengubah iklim global?

  • Ya, walaupun dgn kenaikan suhu yg sedikit, suhu global boleh berubah.
  • kenaikan 2°- 3°F
    (1.1°-1.7°C) shjpun boleh memberikan kesan yg besar.
  • sejak 10,000 tahun lalu, purata suhu bumi tdk berubah lebih drpd 1.8°F (1.0°C).
Saintis meramalkan bhw dgn pemanasan global yg berterusan sebanyak 2.5°-10.4°F pd 100 tahun akan dtg akan menyebabkan:

  • peningkatan paras laut antara 3.5 and 34.6 in. (9-88 cm) yg menyebabkan berlakunya hakisan, banjir besar, ribut taufan
  • ancaman kemusnahan hutan, paya, kawasan alpine dan ekosistem2 semulajadi yg lain
  • ancaman kpd kesihatan manusia kerana nyamuk & serangga2 pembawa penyakit yg lain serta tikus boleh menyebarkan penyakit ke kawasan geografi lebih luas
  • gangguan/halangan kpd aktiviti pertanian pd bhg2 tertentu di dunia disebabkan oleh peningkatan suhu, ancaman air, kenaikan paras laut di kawasan rendah spt di Bangaladesh atau di delta sungai Mississippi.
6.....

_________________mbf...
avatar
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by brenda on Sun Apr 25, 2010 5:05 pm

manusia sudah biasa dengan 'gaya' hidup mereka begini. sebab itulah mereka sukar untuk berubah. tetapi, mereka tidak tahu bahawa jika mereka teruskan 'gaya' hidup seperti ini, ia akan membinasakan diri sendiri.
avatar
brenda
MBF Super Senior Member
MBF Super Senior Member

Number of posts : 619
Location : Lahad Datu,Sabah.
Humor : What does the elf's learn in school? Elf-abet!
Registration date : 15/05/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin on Sun Apr 25, 2010 5:26 pm

suhu dunia semakin meningkat... ais yg membeku di bhg kutub bumi semakin mencair/melebur... kuantiti air dunia semakin bertambah... banjir2 berlaku di sana sini... banyak kemusnahan, kematian, kehilangan, kesedihan, kesengsaraan, kesakitan... proses perubahan ini sukar dihalang...

_________________mbf...
avatar
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Khalid Khumaini on Sat Jun 26, 2010 3:23 pm

THANKZ ARH FOR DA INFORMATION..... Very Happy

Khalid Khumaini
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 1
Registration date : 26/06/2010

View user profile

Back to top Go down

Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum