FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

» English Grammar Exercises 1
by M.TASHVEENA* Sat Oct 04, 2014 8:52 pm

» Body Mass Index (BMI) @ Index Jisim Badan
by cahaya suci Sun Sep 21, 2014 3:03 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


IBUBAPA MEMBERI KESAN & IMPAK YG BESAR KPD ANAK2

View previous topic View next topic Go down

IBUBAPA MEMBERI KESAN & IMPAK YG BESAR KPD ANAK2

Post by Jasmine on Sun May 04, 2008 5:15 pm

IBUBAPA MEMBERI KESAN & IMPAK YG BESAR KPD ANAK2
(Luahan hati berdasarkan pengalaman sebenar)


Anak2 adalah masa depan kita. Bgmana kita menggilap mereka akan menentukan bgmana mereka akan menerajui & mengolah negara kta pd masa depan. Bgmanapun, adalah amat menyedihkan bila melihat majoriti anak2 sekarang ini tdk diberikan bimbingan yg baik & sempurna. Mereka seolah2 dibiarkan sj membesar tanpa arah & pemantauan yg berterusan. Mgkin ianya disebabkan oleh kekangan masa bg ibubapa hari ini yg hanya sibuk dgn aktiviti harian mereka sehingga membelakangkan tgjwb terhdp kebajikan masa depan anak2.

Ia juga sangat mengecewakan bila mengetahui bhw ramai ibubapa tdk mengendahkan keselamatan anak2. Mgkin mereka merasakan bhw tdk akan ada apa2 perkara buruk yg akan berlaku kpd anak2 mereka. Keadaan ini seolah2 memberikan mesej kpd kita bhw kes2 rogol, penculikan, pembunuhan, kehilangan & pembulian yg telah berlaku sejak kebelakangan ini belum cukup utk membuatkan ibubapa supaya berhati2 & menjaga anak2 mereka dgn baik. Saya percaya bhw ibubapa sepatutnya sedar & mengetahui bhw keselamatan anak2 merupakan perkara yg pertama, paling penting & yg terutama. Sebabnya, anak2 merupakan aset keluarga yg tdk ternilai, termasuklah mereka juga merupakan zuriat kita yg akan meneruskan kehidupan di muka bumi ini.

Apa yg saya ingin tonjolkan / kemukakan di sini adalah berkenaan dgn anak2 kita yg sedang memasuki alam remaja atau dlm alam remaja sekarang ini. Kita ibubapa seharusnya tdk mengambil mudah akan hal mereka kerana merekalah aset kita. Ini belum lg termasuk aset kpd negara kita. Sekiranya kita tdk berubah & tdk mahu bermula utk mengambil berat & mengambil tahu akan keadaan mereka secara serius, kita mgkin akan 'kehilangan' mereka di masa depan... atau mgkin dlm masa terdekat.

Insiden 1:
Semasa bersarapan dgn kawan2 di sebuah kedai, saya terlihat seorang ibu mendukung anak kecilnya serta memegang seorang lg anak perempuan mgkin dlm lingkungan umur 7-9 tahun di seberang jalan. Kerana mgkin tdk mahu terganggu utk membeli sesuatu di sebuah kedai, ibu tersebut menyuruh anak yg besar tadi menunggunya di tepi jln. Saya tdk sanggup melihat peristiwa tersebut memandangkan telah banyak kes buruk telah berlaku sebelum ini, namun saya teruskan sj memerhati. Tdk lama kemudian saya melihat anak tadi menangis mgkin kerana rasa takut. Dia memandang ke kiri & ke kanan cuba mencari2 ibunya. Saya mula merasa risau kerana takut ibunya tdk akan kembali mengambil anak perempuannya. Kerana kasihan, saya menghampirinya & memujuknya bhw ibunya akan kembali. Dia berhenti menangis, malah merelakan shj apabila tangannya saya pegang. Bila ibunya kembali, saya memberitahunya tdk baik & berbahaya sekali meninggalkan anak berseorangan memandangkan anaknya masih kecil. Ibu tersebut hanya memandang saya & terus jalan tanpa sebarang reaksi, apatah lg perkataan. Saya bayangkan betapa mudahnya menculik anak perempuan tadi, sambil menggeleng2kan kepala tdk percaya akan sikap ibu tadi.

Insiden 2:
Masa telah menunjukkan pukul 5.15 petang. Saya keluar utk pulang selepas kerja. Saya terserempak dgn sekumpulan remaja yg sdg berkumpul di tangga bangunan sambil berbuat bising. Saya menegur mereka dgn baik agar mereka tdk terlalu bising, sebab mgkin ada pihak yg akan terasa terganggu memandangkan terdpt pejabat2 di tingkat atas. Malah, saya juga memberitahu mereka agar pergi ke tempat yg jauh sedikit agar mereka boleh meneruskan apa yg mereka sedang buat tanpa mengganggu pihak lain. Seorang drpd mereka menjawab dgn kasarnya, "Saya suka bising kerana saya sudah biasa begini. Ibu saya cakap saya boleh lakukan apa sj yg saya suka. Kau ni siapa?" Saya penat & berpendpt tdk perlu memanjangkan hal tersebut. Saya meninggalkan mereka dgn tenang sambil mendengar mereka ketawa terbahak2 puas hati dgn apa yg telah mereka lakukan. Saya tdk marah atau kecewa dgn apa yg telah berlaku, malah saya merasa puas hati kerana sekurang2nya saya telah memberikan mereka sedikit nasihat. Mgkin ada salah seorang drpd mereka yg berfikir ttg apa yg saya cakap. Mana tahu, nasihat saya td suatu masa nanti akan menjadi permulaan kpd titik perubahan dirinya.

Insiden 3:
Kira2 pukul 6.00 petang, ketika saya hendak pulang, saya terlihat sekumpulan remaja sekolah (berpakaian seragam) seramai kira2 6-8 orang sedang duduk dgn selesanya di tangga bangunan bersebelahan dgn bangunan dlm kes 2 di atas. Saya boleh melihat mereka dgn jelas sdg meminum sesuatu dlm botol yg saya tahu iaitu 'montoku' (sejenis minuman beralkohol). Saya cuma menggeleng2kan kepala sambil berharap anak2 saya tdk akan menjadi begitu.

Insiden 4:
Ketika ber'shopping' bersama2 keluarga saya di sebuah supermarket, saya ternampak 2 orang budak yg masih kecil sedang bermain2 di atas tangga. Apabila menghampiri, anak saya memberitahu mereka agar tdk bermain2 di tangga. Saya merasa bangga kerana anak saya walaupun masih kecil sudah tahu akan bahaya bermain di tangga. Sudah tentu kesedaran ini diperolehi drpd kami ibubapa & guru2 di sekolahnya.

Kenyataan saya kpd ibubapa...

1. Bolehkah kita bersikap lebih sensitif terhdp anak2 kita bg kebaikan mereka?
2. Sedarkah kita ibubapa ttg tgjawab kita terhdp anak2? Betul2 sedar?
3. Rasa2 apakah kesudahan mereka pd masa akan dtg jika kita tdk bersungguh2 mengambil berat ttg mereka sewaktu mereka kecil?
4. Apalah perasaan anda bila mengetahui anak2 anda suka ponteng sekolah, terlibat dgn perbuatan tdk baik spt gaduh, buli, dadah, minum alkohol, mencuri dsb?
5. Adakah anda akan panik & menangis jika anak anda hilang? Mgkin diculik? Kalau dirogol bgmana? Kalau mengandung?
6. Bolehkah anda bayangkan tdk akan dpt menemui anak anda lg sekiranya dia hilang?
7. Mana satu yg anda pilih, anak hilang tanpa kesan, disiplin anak teruk, pelajaran tdk maju, menyusahkan orang lain, menjadi sampah masyarakat, dibunuh, dirogol... atau menjadi orang yg baik, berjaya & berguna? Jd, apalah yg anda harus buat?
8. Adakah anda ibubapa yg baik & bertgjwb?
9. Adakah anda ibubapa yg pandai berckp shj tp tiada tindakan?


Sebenarnya, sedikit nasihat kpd anak2 boleh memberikan kesan & impak yg besar terhdp kehidupan mereka di masa depan. Mewujudkan kesedaran adalah amat penting & sepatutnya diambil berat secara serius, bersungguh2, jujur & ikhlas & bukannya setakat hangat2 tahi ayam shj. Kita sbg ibubapa boleh memberikan perbezaan yg amat besar terhdp masa depan anak2, cuma itu sjlah, sama ada kita mahu atau tdk... kalau pandai bercakap shj tp tiada tindakan yg baik, bermakna anda adalah ibubapa yg tdk bertanggungjwb, tdk berguna & amat malang bg anak2 yg beribubapakan kamu... malah anda tdk layakpun menjadi ibubapa...
avatar
Jasmine
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 88
Registration date : 04/05/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: IBUBAPA MEMBERI KESAN & IMPAK YG BESAR KPD ANAK2

Post by Admin on Wed May 07, 2008 2:19 am

Selamat dtg Jasmine, terima kasih atas tulisan anda ini... teruskan memberi sumbangan...

_________________mbf...
avatar
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: IBUBAPA MEMBERI KESAN & IMPAK YG BESAR KPD ANAK2

Post by shalon6095 on Sun Sep 07, 2008 10:46 am

Hai Jasmine, saya suka tulisan ko ni. dan sy setuju memang ibubapa mempengaruhi masa depan anak2nya. sy pikir ibubapa sekarang jgn hanya menumpukan kpd akdemik saja kerana nda cukup tu. kalau boleh ibubapa harus mula mengajar anak2 mereka tetang pengurusan wang sejak dr kecil. contohnya ajar menabung dan ajar utk melihat apa brg yg perlu di beli sahaja. melentur buluh biar dr rebungnya. salam semua. Very Happy
avatar
shalon6095
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 17
Registration date : 10/06/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: IBUBAPA MEMBERI KESAN & IMPAK YG BESAR KPD ANAK2

Post by Admin on Mon Sep 08, 2008 10:08 pm

betul shalon, saya amat setuju dgn anda...

_________________mbf...
avatar
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

View user profile http://maribelajar.forumotion.com

Back to top Go down

Re: IBUBAPA MEMBERI KESAN & IMPAK YG BESAR KPD ANAK2

Post by diya99 on Fri May 15, 2009 10:49 am

Saya setuju dengan topik ini. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ingat pula masa kecik-kecik, ibu bapa saya memang strict dan kami tidak dimanjakan langsung. Tapi... Alhamdulillah, seiring dengan peningkatan usia barulah disedari kenapa mereka mendidik dengan cara itu. Banyak kebaikannya dari keburukan. Paling kurang jika saya tanya balik pada orang tua saya kenapa bersikap macam itu... mereka kata buka mudah hendak menjadikan anak itu insan berguna. Maka...kepada pelajar-pelajar di luar sana, dengarlah nasihat orang tua anda kerana mereka sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anda.
avatar
diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: IBUBAPA MEMBERI KESAN & IMPAK YG BESAR KPD ANAK2

Post by Cikgu X on Fri May 15, 2009 2:12 pm

walaupun ada juga keburukan ibubapa yg terlalu tegas, tp jika dibandingkan dgn ibubapa yg terlalu 'penyayang', anak2 yg beribubapa yg tegas jauh lebih ramai berjaya berbanding jenis ibubapa yg 1 lg... lgpun kena fikir, bila tegas, adakah itu menunjukkan ibubapa tdk sayang pd anak2 mereka? biasanya yg tegaslah yg menunjukkan ibubapa terlalu sayang pd anak2, sb jika tdk sayang, sdh lama dibiar2kan anak2...

_________________mbf...
avatar
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: IBUBAPA MEMBERI KESAN & IMPAK YG BESAR KPD ANAK2

Post by diya99 on Fri May 15, 2009 4:47 pm

Ya betul.Terpulang untuk anak itu berfikir secara rasional mengapa ibu bapa masing-masing mengambil langkah tersebut. Kan mereka lebih banyak pengalaman berbanding kita.
avatar
diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: IBUBAPA MEMBERI KESAN & IMPAK YG BESAR KPD ANAK2

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum