FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

» English Grammar Exercises 1
by M.TASHVEENA* Sat Oct 04, 2014 8:52 pm

» Body Mass Index (BMI) @ Index Jisim Badan
by cahaya suci Sun Sep 21, 2014 3:03 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


PPSMI, apa pendapat anda?

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

PPSMI, apa pendapat anda?

46% 46% 
[ 12 ]
38% 38% 
[ 10 ]
15% 15% 
[ 4 ]
0% 0% 
[ 0 ]
 
Total Votes : 26

PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Cikgu X on Sun Mar 15, 2009 9:40 am

Berikut adalah gambar drpd suratkbr ttg demonstrasi meminta kerajaan
memansuhkan pengajaran sains & matematik dlm bahasa inggeris.
a) Apa komen anda?
b) Patutkan pengajaran sn/mt balik kpd bm?
c) Ya atau tdk, berikan alasan anda.
d) Berikan cadangan jika ada.


Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by brenda on Sun Mar 15, 2009 1:23 pm

Lebih baik kita gunakan bahasa inggeris. Sebab kita sudah biasa menggunakan bahasa inggeris dalam mata pelajaran matematik dan sains. Bagi saya, kalau sains dan matematik bahasa melayu, lebih susah saya menjawab soalan.

brenda
MBF Super Senior Member
MBF Super Senior Member

Number of posts : 619
Location : Lahad Datu,Sabah.
Humor : What does the elf's learn in school? Elf-abet!
Registration date : 15/05/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Minnie on Sun Mar 15, 2009 6:25 pm

iya cikgu minnie setuju dengan pendapat brenda.....

Minnie
Teacher

Number of posts : 66
Age : 32
Location : mesia
Registration date : 10/03/2009

View user profile http://www.samsclub.ipbfree.com

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Minnie on Sun Mar 15, 2009 6:26 pm

iya cikgu minnie setuju dengan pendapat brenda.....

Minnie
Teacher

Number of posts : 66
Age : 32
Location : mesia
Registration date : 10/03/2009

View user profile http://www.samsclub.ipbfree.com

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by mike66 on Fri Apr 17, 2009 5:11 pm

Pada pendapat saya, biarlah pengajaran Sains dan Matematik ini diajar dalam Bahasa Kebangsaan Iaitu Bahasa Melayu demi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai antara bahasa yang terunggul di dunia. Kalau kita guna Bahasa Inggeris, seolah-olah Bahasa Melayu ini tidak mampu dijadikan sebagai bahasa yang boleh melahirkan saintis. Kenapa Bahasa Rusia boleh melahirkan angkasawan TANPA menggunakan Bahasa Inggeris semata-mata...

mike66
Moderator
Moderator

Number of posts : 31
Age : 50
Location : Kg.Senagang Keningau,Sabah
Humor : KEJAYAAN DALAM HIDUP ADALAH MISI UTAMA
Registration date : 26/02/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by rosleb on Sat Apr 18, 2009 11:12 pm

IMHO, Mata Pelajaran Sains & Matematik perlu terus diajar dalam Bahasa Inggeris sebab sudah 6 tahun telah diajar dan disokong pula dengan bantuan pihak kerajaan yang memakan belanja berjuta-juta ringgit... Bukannya menafikan Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu itu tidak mampu menjadi Bahasa terunggul di dunia. Dari segi jumlah penutur Bahasa Malaysia/Melayu di nusantara dan dunia memang masih boleh dibanggakan cuma persoalannya... banyakkah bahan-bahan sokongan pembelajaran Sains dan Matematik di peringkat pengajian tinggi yang ditulis dalam Bahasa Malaysia/Melayu? Dulu pun sewaktu saya masih belajar di IPT banyak bahan dalam bidang yang saya ceburi sangat kurang bahan bacaan/rujukan dalam Bahasa Malaysia/Melayu... pendek kata semua bahan rujukan/bacaan bidang yang saya ceburi tu ada disediakan dalam Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan... apa yang mengharukan... selepas enam tahun PPSMI dijalankan ramai orang yang mempertikaikan... mengapa baru sekarang mereka mempertikaikan? sepatutnya mereka menentangnya sebelum dilaksanakan.... saya rasa untuk menilai kejayaan PPSMI tidak cukup dengan hanya pelaksanaan selama 6 tahun... Kedudukan Bahasa Malaysia/Melayu itu juga tetap tidak akan tergugat dengan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran...

rosleb
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 11
Age : 37
Location : SK Langkon, Kota Marudu
Humor : :-S
Registration date : 14/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Mitsuko on Sun Apr 19, 2009 1:12 am

komen anda smeua sungguh bagus... bgmanapun, saya mempunyai idea yg mgkin agak berlainan sikit tp dgn maksud yg jelas...

saya tdk menyokong mana2 pilihan, tp cuba baca hujah2 saya mengenai ppsmi...

drpd kajian yg dijalankan oleh beberapa pihak yg terlibat dgn pengkajian kelebihan & kekurangan ppsmi (saya baca di newspaper)... yg dijalankan selama beberapa tahun (4 tahun tdk silap saya) kpd lebih 1000 org murid tahun 5 dr beberapa buah sekolah yg dipilih secara rawak... dgn memberikan mereka soalan2 sains dlm bahasa ingegris utk dijawab... jd point2 saya:

1. utk 3 kaum utama di semenanjung iaitu cina, melayu & india... didpti murid melayu mendpt peratusan markah terendah... cina tertinggi... jurang prestasi pelajaran sains & m3 yg sebelum ini mgkin kecil sj antara kaum, tp sekarang ini jurang tersebut telah bertambah dalam di mana kaum melayu berada di bawah sekali dgn pelaksanaan ppsmi... sekarang tahun ke-7, dan lg... dan lg... kaum melayu semakin ke bawah...
2. pd yg mahir bi sdh tentu akan memilih bi sbg bahasa pengantar utk sains & math.. jd yg lemah bi sdh tentu 'teruk' keputusan
3. ppsmi telah dilaksanakan selama 6 tahun dan tahun 2009 ini adalah tahun ke-7... upsr sains tahun lalu 2008 kurang memuaskan..
4. bukankah apa yg berlaku sebenarnya ialah masa depan anak2 telah dikorbankan selama 6 tahun semata2 utk suatu program yg lebih berbentuk eksperimen? katalah mereka tdk dpt memahirkan diri dlm bi selama 6-7 tahun itu, bermakna masa depan mereka mgkin tercalar dan mendpt padah, sb prestasi mereka sekarang ini tdk baik... apa tdknya, pelajaran mereka sekarang ini tdk baik (katalah mereka lemah dlm sn & m3 sb tdk mahir bi), jd berpeluang lgkah mereka memperbaiki pelajaran mereka pd masa2 akan dtg? terutama utk sn & m3?
5. pelaksanaan ppsmi pd saya sebenarnya lebih berbentuk politik
6. ada yg ckp, mengapa tdk tentang masa pelaksanaan mula2 dulu... sebenarnya ada tp memandangkan org2 politik yg mahu laksanakan, mereka tetap eruskan juga niat...
7. adakah sains tdk dpt dikuasai dlm bahasa malaysia? sebelum ppsmi bgmana? kenapa ramai yg berjaya walaupun belajar sains & m3 dlm bm? bgmana negara2 maju lain spt jepun, jerman, korea, taiwan, china... yg semua tdk menggunakan bi sbg bahasa pengantar utk sn & m3?
8. niat ppsmi pd awal pelaksanaan lebih kpd niat utk memahirkan diri pelajar dlm bi dan bukan pd sn & m3 itu sendiri, dgn harapan mereka akan dpt meningkatkan pengetahuan & kemahiran dlm sains & m3 kerana banyak buku2 rujukan atau informasi dlm ineternet semuanya dlm bi... jd kenapa tdk tumpukan pd pengajaran bahasa ineggeris itu sendiri tanpa melibatkan sn & m3?
9. tau kenapa sehingga sekrg majoriti murid tdk dpt menguasai bi? siapa yg ajar bi? sdh tentu guru2 bi bukan... jd bolehkah dikatakan bhw kegagalan majoriti murid tdk dpt menguasai bi adalah disebabkan kegagalan atau ketidaberkesanan pengajaran guru2 bi?
10. bandingkan sekolah bandar & luar bandar... mgkin dibandar tdk berapa terasa... tp di kg, hampir 100% murid masih tdk mahir, malah tdk fahampun bila guru mengajar dlm bi...
11. bgmana dgn guru2, mahirkah mereka mengajar dlm bi? kursus etems tu cukupkah? kalau mahir, kenapa majoriti murid luar bandar 'teruk' dlm sn? sb kenapa? sb guru2 mengajar banyak menggunakan bm drpd bi... kenapa begitu? sb guru2 sendiri bukannya telah menguasai bi dgn baik... dan kalaupun guru2 tersebut mahir dlm bi, bgmana dgn murid2? kena fikir, entah sepatah perkataan bahasa inggeris tdkpun ditutur di rumah...
12. polisi/dasar ttg ppsmi dibuat kerajaan... sdh tentu mereka akan pertahankan polisi ini walaupun kurang menunjukkan hasil yg memuaskan... tau kenapa? sb sdh polisi kerajaan... sdh memakan berbilion ringgit... dan kalau dimansuhkan pula, akan memalukan kerajaan kerana ia akan kelihatan kerajaan telah gagal dlm polisi ini... yg sdh tentu membuatkan pihak2 yg menentang termasuklah luar negara tersenyum...
13. selalu selepas sj keputusan upsr, pmr, spm dan stpm keluar, pihak2 atasan spt menteri, pengarah, pegawai... akan berkata bhw peratus murid yg menjawab menggunakan bi adalah tinggi berbanding yg menggnakan bm... ini sdh tentulah sb mereka dlm kelaspun diajar dlm bi, sdh tentu akan menjwb exam dlm bi... sb menjawab guna bm mereka tdk tau..
14. jgn kerana alasan kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit utk ppsmi maka sanggup pula melihat bangsa sendiri semkian tertinggal di belakang kerana pelaksanaan ppsmi ini...
15. kalau betul2 mahu pelajar malaysia mahir dlm bi, tingkatkan pelaksanaan pengajaran subjek bi itu sendiri... dan bukannya menggunakan subjek2 lain...
15. apa yg saya sebutkan di atas bukannya kerana sifat patriotik terhdp mana2 bahasa... tp perlu tengok mana yg lebih mengntungkan majoriti rakyat & tdk mengorbankan masa depan mereka...
16. memanglah kalau murid mahir bi, maka tiadalah masalah ppsmi, tp bgmana jika sampai sekrg masih lg tdk mahir bi? teruskan juga...? masa depan mereka bgmana? anggap sj sbg pengorbanan?
17. kalau anda buat statistik, sebenarnya rata2/majoriti guru2 yg mendpt imbuhan 5% dan 10% utk ppsmi sebenarnya mengajar sn & m3 dlm bm... salah siapa tu?

jd, anda fikir2lah sendiri, kata nabil...

Mitsuko
MBF Junior Member
MBF Junior Member

Number of posts : 33
Registration date : 17/03/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by brenda on Sun Apr 19, 2009 12:16 pm

mike66 wrote:Pada pendapat saya, biarlah pengajaran Sains dan Matematik ini diajar dalam Bahasa Kebangsaan Iaitu Bahasa Melayu demi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai antara bahasa yang terunggul di dunia. Kalau kita guna Bahasa Inggeris, seolah-olah Bahasa Melayu ini tidak mampu dijadikan sebagai bahasa yang boleh melahirkan saintis. Kenapa Bahasa Rusia boleh melahirkan angkasawan TANPA menggunakan Bahasa Inggeris semata-mata...
saya tetap tidak mengubah pilihan saya. sebab saya tidak biasa menggunakan bahasa malaysia. dari tadika hingga saya tahun4, saya belajar topik itu menggunkan bahasa inggeris. Crying or Very sad

brenda
MBF Super Senior Member
MBF Super Senior Member

Number of posts : 619
Location : Lahad Datu,Sabah.
Humor : What does the elf's learn in school? Elf-abet!
Registration date : 15/05/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Cikgu X on Sun Apr 19, 2009 5:02 pm

harap lebih ramai yg akan memberikan komen/pendpt di sini...

Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by amanda on Tue Apr 21, 2009 6:51 pm

mike66 wrote:Pada pendapat saya, biarlah pengajaran Sains dan Matematik ini diajar dalam Bahasa Kebangsaan Iaitu Bahasa Melayu demi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai antara bahasa yang terunggul di dunia. Kalau kita guna Bahasa Inggeris, seolah-olah Bahasa Melayu ini tidak mampu dijadikan sebagai bahasa yang boleh melahirkan saintis. Kenapa Bahasa Rusia boleh melahirkan angkasawan TANPA menggunakan Bahasa Inggeris semata-mata...
Saya tidak bersetuju. Sebab semenjak tahun 1 lagi sudah dididik pelajaran Mathematics dan Sains dlm Bahasa Ingerris. Kalaulah bahasa ini ditukar dengan Bahasa Malysia,murid-murid akan kebingungan. And,..UPSR pun sekarang dlm Bahasa Ingerris...

amanda
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 313
Location : lahad datu, sabah
Humor : pada satu hari, kebun buah pak mat terbakar. apakah buah yang terselamat dari kebakaran itu?
Registration date : 15/05/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by rosleb on Thu Apr 23, 2009 8:52 am

Saya menyokong penuh program PPSMI... sebagai seorang guru, kita seharusnya mempersiapkan diri... kalau guru tidak selari dengan dasar kerajaan... macam mana kita hendak mendidik murid untuk berubah!!!! jika guru sendiri tidak sanggup berubah... kita mesti akur bahawa BAHASA INGGERIS itu adalah bahasa GLOBAL! PPSMI suatu program yang baik... Pencapaian murid jatuh tu bukan disebabkan Bahasa... tetapi lebih kepada kegagalan P&P guru yang tidak berkesan.... PPSMI tidak boleh kita mansuhkan secara total tetapi perlu sedikit penambahbaikan.... guru-guru seharusnya bersatu melaksanakan program ini... kata orang... Hendak Seribu Daya...

rosleb
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 11
Age : 37
Location : SK Langkon, Kota Marudu
Humor : :-S
Registration date : 14/04/2009

View user profile

Back to top Go down

setuju bangat

Post by dalitahm on Fri Apr 24, 2009 11:30 pm

hi..sya amat bersetuju PPSMI diteruskan. Dah 7 tahun mengajar sains ...wlu bhsa 'mix' tapi yang penting murid sudah ada pendedahan dan guru pun semakin ok. tq

dalitahm
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 7
Registration date : 12/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by diya99 on Fri May 15, 2009 10:22 am

Mendengar pengumuman PPSMI akan diteruskan, saya rasa gembira dan bersemangat semula untuk mengajar subjek sains in english. Tak boleh marah a. Pandangan masing-masing.

diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Cikgu X on Fri May 15, 2009 2:25 pm

ya, apapun keputusan kerajaan, kita guru2 perlu/terpaksa ikut.. Smile

_________________mbf...

Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by diya99 on Fri May 15, 2009 4:51 pm

Tapi harap-harap janganlah mengimplementasikannya kerana terpaksa. Nanti murid-murid jadi mangsa kerana tension tak dapat menyampaikan pengajaran dalam Bahasa Inggeris. Just use simple english saja. Yang penting murid faham apa yang diajarkan. Janganlah guna ayat yang bombastik.

diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Cikgu X on Fri May 15, 2009 9:24 pm

betul tu cikgu diya99... tentu cikgu ni seorg guru yg berkualiti...

_________________mbf...

Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by diya99 on Sat May 16, 2009 5:48 pm

Belum capai tahap itu lagi. Masih banyak lagi yang perlu saya belajar daripada guru senior yang berpengalaman dalam PPSMI ni.

diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by JCJUE on Mon May 18, 2009 7:48 pm

saya menyokong penuh PPSMI. Bagi saya ianya lebih mudah dr menggunakan Bahasa Melayu lebih2 lagi untuk jawapan dalam soalan Sains. Saya rasa Bahasa Melayu tidak akan tergugat walaupun anak2 kita belajar dalam Bahasa Inggeris, kerana mereka bukan 24 jam menggunakan Bahasa Inggeris. Disini peranan ibu bapa amat penting untuk menyeimbangkan corak penggunaan bahasa. kalo family 24 jam asyik speaking english je, memang x ade la bahasa melayu nya. Saya amat berharap kepada semua yang menentang PPSMI agar berfikiran positif dan sama2 membantu anak2 kita, bukannya menentang.

JCJUE
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 79
Age : 35
Location : Selangor
Registration date : 11/12/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by ANA on Thu May 21, 2009 9:39 pm

Saya pun menyokong PPSMI ni diteruskan. Memanglah kalau nak diikutkan keputusannya tidak begitu memberangsangkan tapi bukankah sesuatu kejayaan itu memerlukan masa dan usaha yang berpanjangan. Janganlah membuat kesimpulan hanya dengan berdasarkan pencapaian untuk 6 tahun. Berilah masa yang lebih panjang lagi tak mustahil PPSMI ini akan berjaya....Bravo!

ANA
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 3
Location : Klang
Registration date : 20/05/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Idz on Thu May 21, 2009 10:32 pm

Saya tidak membantah perlaksanaan PPSMI namun jika diberi pilihan maka saya akan memilih bahasa ibunda sebagai medium pengajaran bagi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Sepatutnya Bahasa Melayu diberikan keutamaan melebihi Bahasa Inggeris...

Namun buat masa ini saya tetap melaksanakan pengajaran pembelajaran sains sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam.

Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Cikgu X on Fri May 22, 2009 2:01 pm

samalah cikgu... saya juga tdk membantah pelaksanaan ppsmi... bgmanapun jika diberi pilihan, saya mahu pengajaran sains & math dlm BM... bukan kerana ia bahasa kebangsaan, ttp kerana melihat & menyedari terlalu ramai murid ketinggalan dlm mempelajari sains & math kerana menghadapi masalah memahami bahasa inggeris itu sendiri... kita kena fikir kegagalan mereka mempelajari sains & math dgn baik memberi kesan yg besar kpd kehidupan masa depan mereka. Saya tau ttg hal ini kerana ia berlaku di sekolah saya sendiri...

bahasa inggeris mgkin tdk menjadi masalah besar di sekolah2 bandar, tp bgmana dgn sekolah2 luar bandar? dlm sehari mereka hanya mendengar ttg english sewaktu subjek sains, math & english shj... bgmana lepas tu? di rumah? adakah mereka membaca buku2 bahasa inggeris? pertuturan sehari2?

jika anda guru sains tahun 6, mgkin sukar utk mengajar sains/math kerana ramai murid tdk tahu & tdk faham berbahasa inggeris... maka mulalah terfikir utk 'mempersalahkan' guru2 sains/math di tahun 5... tanpa disedari, mereka juga berfikiran sedemikian terhdp guru2 sains/math tahun 4... kemudian 'fikiran' ini berterusan ke tahun 3, tahun 2, tahun 1... akhir sekali, balik semula kpd masalah komunikasi di rumah yg mmg bukan dlm bahasa inggeris...

jika diperhatikan secara teliti, permasalahan ppsmi ini banyak berkisar... malah mgkin bulat2 dikatakan berpunca drpd kegagalan guru2 sains/math mengajar dlm bahasa inggeris... bgmana dgn guru2 yg mengajar subjek bahasa inggeris? drpd cerita2 seharian yg kita dengar, sama ada di majalah2, surat2 kbr, tv... mereka seolah2 'terlepas' drpd 'kesalahan' ini... (tdk bermakna saya mempersalahkan guru2 BI...)

akan bersambung...

_________________mbf...

Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Idz on Fri May 22, 2009 5:59 pm

...saya juga bersependapat dengan cikgu... kegagalan PPSMI bukan sebenarnya terletak di tangan guru2 sains atau matematik... dikatakan guru tidak menggunakan kaedah pengajaran berkesan atau kegagalan guru mengendalikan p+p, atau guru terlalu negatif dlm hal PPSMI... saya tidak merasakan begitu... sebaliknya guru2 sains telah banyak membantu murid menguasai subjek bahasa inggeris yg mungkin selama ini tidak berjaya dilakukan oleh guru dalam subjek teras berkenaan! ... guru sains banyak berkorban kerana terpaksa mengajar bahasa inggeris dan juga sains dalam waktu yg sama.. dan itulah yang kebanyakan org tidak terfikir! guru bahasa inggeris agak kurang menggunakan terma atau istilah sains sebagai penggabungjalinan dalam p+p mereka... tetapi guru sains mengajar bahasa inggeris dan juga sains untuk meletakkan murid berkenaan lulus dan cemerlang sains!

Sebagai contoh... sebagai guru sains thn 6, saya perlu mengajar murid membentuk ayat yang benar struktur bahasa inggerisnya supaya dapat diterima sebagai satu jawapan dan ditambah dengan penggunaan istilah sains yang betul. Jika tidak tiada markah dpt diberi..[saya juga harus mengajar bentuk soalan yang berupa wh question - what where when who whose which dan how sbg contoh bg memastikan murid2 saya dapat menjawab soalan dgn baik] ..... seharusnya pihak2 lain tidak meminggirkan keupayaan guru2 yg boleh memikul 2 tugas dlm satu masa...apatah lagi mempersalahkan kami jika murid2 kami gagal subjek ini!

Seharusnya mereka yang menuduh guru yang kurang bersetuju dengan PPSMI dpt memikirkan bahawa guru sains perlu bertanggungjawab untuk mendidik murid2 menguasai subjek sains menggunakan bahasa inggeris... bukan mengajar bahasa inggeris dan sains! Persoalannya yang perlu difikirkan adalah bagaimana hendak mengajar sains pada mereka yang tidak tahu/lemah berbahasa inggeris seperti murid2 kesayangan saya di pedalaman seperti di sekolah saya yg tercinta ini...

to be continued..

Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Cikgu X on Fri May 22, 2009 6:29 pm

perbincangan ini tdk bermaksud menyalahkan mana2 pihak... ia sekadar perbincangan utk menyelami keadaan yg sebenar...

_________________mbf...

Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Cikgu X on Fri May 22, 2009 6:51 pm

satu hal yg mgkin majoriti tdk sedari... bila keputusan uspr BI merosot, tiada perasaan apa2 yg timbul dlm fikiran kerana fikiran kita selama ini telah terbiasa, terlali atau telah dpt menerima bhw BI memang sukar dikuasai oleh murid2... alasannya kerana ia bukanlah bahasa pertuturan murid2 di rumah...

tapi... bila keputusan sains/math merosot, mulalah banyak pihak cuba2 menuding jari mencari kesalahan... kenapa begitu?

mgkin tdk ramai yg menyedari keadaan sebenar ppsmi... dlm ppsmi, guru2 cuba mengajar beberapa perkara dlm masa yg serentak & terhad... ajar murid ttg sesuatu hal/sains/math agar mereka faham, juga ajar mereka ttg maksud ayat bahasa inggeris yg digunakan, & pd masa yg sama mengajar mereka membuat struktur ayat yg betul dlm BI supaya jawapan mereka dpt diterima & mendpt markah... boleh bayangkan keadaan ini? Dan menyedihkan, bila semua hal ini tdk dpt diajar secara berkesan oleh guru, maka apa yg diperolehi oleh murid2 iaLah SIFAR... apa yg diajar pun tdk tahu, apa yg disebut pun tdk faham, dan apa teknik ayat menjawab yg diberikan juga tdk dpt diperangkap masuk ke dlm otak...

demikian juga halnya dgn maths... dulu semasa tiada ppsmi, sekurang2nya murid2 boleh juga belajar mengira... (umpama begitu)... sekarang, dgn adanya ppsmi, terutamanya di luar2 bandar, bukan shj murid2 tdk dpt menguasai bahasa inggeris itu sendiri, malah juga langsung tdk pandai mengira...

jika kita bergantung pd teori, memang pelaksanaan ppsmi membawa banyak kebaikan... tp secara realitinya apa yg berlaku bukan semata2 teori tp praktikal, yakni sesuatu yg betul2 berlaku dlm hidup... dlm teori tdk terasa apa2 masalah walaupun dpt diandaikan... tp secara praktikal, masalah atau halangan betul2 dpt dirasai dan dihadapi dan bukannya setakat dpt diandaikan...

agak mudah utk membuat andaian, spekulasi... atau tuduhan... atau mempersalahkan... tp keadaan sebenar ialah... hantarlah seorang guru sains/math yg telah terbukti hebat ke sekolah luar bandar... dan lihatlah apa yg boleh dilakukannya utk subjek sains/math dgn majoriti murid langsung tdk memahami bahasa inggeris, kecuali yes no... Smile

to be continued...

_________________mbf...

Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Cikgu X on Fri May 22, 2009 6:59 pm

kenyataan2 yg diberi di atas bukannya bertujuan lari drpd permasalahan... ia sebenarnya lebih kpd clarification/penjelasan ttg keadaan sebenar yg dihadapi oleh2 guru2 sains/maths terutamanya di sekolah2 luar bandar... spt yg saya katakan di atas, teori memang cantik, tp praktikallah yg sebenarnya menentukan 'kecantikan' sesuatu teori itu...

_________________mbf...

Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Sponsored content Today at 11:36 am


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum