Ranking Web Pendidikan
Klik utk lihat senarai...
Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik
Log in
Who is online?
In total there are 76 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 76 Guests None
Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Detergent, suggestions by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:38 pm
» Nak beli mesin basuh
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:32 pm
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am
» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm
» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm
» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm
» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm
» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am
» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm
» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm
» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm
» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm
» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm
» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm
» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm
» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm
» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm
» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am
» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am
» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am
» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm
» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm
» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm
» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm
» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm
FMB Chatbox
ABSEILLING
3 posters
Page 1 of 1
ABSEILLING
Semasa melakukan pengembaraan atau mendaki, berkemungkinan anda akan melalui lereng - lereng yang curam dan terpaksa melintasi sungai yang berarus deras atau mengalami kecemasan. Kepada mereka yang berpengalaman, perkara yang disebutkan mungkin tidak menimbulkan masalah. Bagi seorang ketua kepada sekumpulan yang kurang pengalaman maka langkah - langkah keselamatan serta pengendalian tali menjadi satu perkara yang sangat penting. Di antara keadaan yang mungkin memerlukan pengendalian tali ialah :
1.Salah seorang mendapat kecederaan dan memerlukan tali sebagai bantuan keselamatan.
2.Melalui atau merentasi sungai yang berarus deras yang memerlukan tali sebagai kaedah keselamatan semasa menyeberang.
3.Melalui tempat tinggi yang licin atau ketika hujan.
4.Membantu seseorang dengan menggunakan tali untuk sampai kepadanya.
5.Tali sebagai tanda mendaki atau menurun.
PENGENDALIAN TALI
Sebagai seorang ketua ianya bertanggungjawab untuk cuba menjauhi semua lereng - lereng yang curam dan sungai yang berarus deras. Memilih perjalanan dan mengetahui keupayaan kumpulan adalah diantara perkara yang penting. Sekiranya keadaan memaksa maka penggunaan tali adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai ketua untuk :
1.Memulakan dari tempat yang selamat ketempat yang selamat.
2.Memilih orang kedua ( sekiranya ada ) untuk memperkemaskan ikatan kepada ahli - ahli yang berikutnya.
3.Menjauhi dari batu - batu yang mudah jatuh, kawasan bertam, sungai yang berarus deras dan paya bakau.
3.Memastikan jarak di antara dirinya dengan kumpulan hanya 30 - 40 kaki.
4.Membahagikan masa yang cukup kerana pengendalian tali akan mengambil masa yang lama.
BELAY
Belay dilakukan adalah bertujuan untuk memberi bantuan perlindungan kepada pendaki daripada terjatuh terus ketika menggunakan tali. Caranya ialah dengan seorang belayer ( orang yang melakukan belay ) dilindungi oleh ikatan tali kepada jangkar ( anchor point ) dan seorang lagi ( pendaki ) melakukan penurunan atau mendaki. Dengan ini jika ianya terjatuh maka dapatlah diselamatkan oleh orang yang menurunkannya atau menaikkannya.
Belayer adalah bertanggungjawab menahan tali sekuat - kuat yang boleh dan biarkan tali yang melakukannya yang lain. Sebagai seorang belayer adalah penting bagi anda memerhatikan perkara - perkara ini :
1.Menpunyai kedudukan yang cukup untuk melakukan belay yang baik
2.Kedudukan mestilah sebaik - baiknya selari dengan jangkar dan pendaki. Jika tidak selari pendaki akan terhayun ke tepi ( kekiri atau kekanan )
3.Boleh melihat atau dilihat oleh kumpulan
4.Melakukan belaying melebihi paras pinggang
5.Jauhkan tali daripada benda - benda yang berserakkan ( batu - batu kecil dan ranting - ranting patah )
6.Pastikan tali tidak melalui celah batu - batu tajam
7.Seelok - eloknya memakai sarung tangan bagi melindungi dari melecur.
STANCE
Stance ialah tempat duduk orang yang melakukan belay. Sebagai belayer, pilihlah satu kedudukan yang terbaik sebagai tempat duduk untuk melakukan belay. Kawasan sekitar stance perlulah bersih dari batu - batu kecil atau batu - batu longgar dan ranting - ranting.
JANGKAR ( ANCHOR )
Untuk tujuan melakukan belay didalam pengendalian tali, pemilihan paksi jangkar (anchor point) adalah amat penting. Pemilihannya mestilah diteliti dengan betul agar yang dipilih itu benar - benar kukuh dan tahan.
1.Perhatikan samada ada keretakan di bawah batu atau disekeliling tapak paksi jangkar
2.Bagi memastikan samada ianya tahan atau tidak ialah dengan cara menggoncang atau menendang ianya
3.Jika pangkal pokok, pilih yang tidak mudah tercabut atau yang kukuh akarnya

azida- MBF New Member
- Number of posts : 9
Age : 43
Location : keningau
Registration date : 30/06/2009
azida- MBF New Member
- Number of posts : 9
Age : 43
Location : keningau
Registration date : 30/06/2009
Re: ABSEILLING
hebat cikgu ni... tabiklah... abseiling memang 1 aktiviti yg lasak tp sangat menyeronokkan... ckgu mmg ckgu no.1...
Cikgu X- Special Rank
- Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008
Re: ABSEILLING
heheheeee....thanks cigu..anak didik sapa ba ni..huhhuu..cigu tatap nombr 1..
azida- MBF New Member
- Number of posts : 9
Age : 43
Location : keningau
Registration date : 30/06/2009
Re: ABSEILLING
mana sdh cikgu skrg? dah posting? mana? harap cikgu dpt cerita2 sikit di sini... apapun, semoga sihat walafiat, bahagia & ceria sepanjang masa...
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|