Ranking Web Pendidikan
Klik utk lihat senarai...
Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik
Log in
Latest topics
» Soalan temuduga perlu dijawab jika nak jadi guruby Admin Sun May 20, 2012 10:37 pm
» mane soalan??????
by amiera syahira Sat May 19, 2012 8:15 pm
» Pemahaman
by Nifail Sat May 19, 2012 6:34 pm
» Innovative teachers should not be tied down: Muhyiddin
by Admin Fri May 18, 2012 4:35 pm
» Online PMR & SPM past year paper (2005-2010)
by one-ls Fri May 18, 2012 9:14 am
» Online Chemistry Form4 Notes & Exercise
by one-ls Fri May 18, 2012 9:12 am
» Pembatalan keahlian dlm MBF
by Admin Wed May 16, 2012 8:30 pm
» Program PEKA (Penilaian Kerja Amali Sains)
by princess_yuzaini Sun May 13, 2012 9:24 pm
» Bgmana menggunakan forum MBF ini?
by Admin Sun May 13, 2012 8:31 pm
» Cara mengingati fakta-fakta Geografi (Tingkatan Satu)
by Admin Sun May 13, 2012 8:12 pm
» Home School
by hanik_kis Sun May 13, 2012 4:00 pm
» math : Strawberry
by MinNy Sun May 13, 2012 3:11 pm
» Tali dan Air
by MinNy Sun May 13, 2012 1:12 pm
» Prime Factors
by MinNy Sun May 13, 2012 1:08 pm
» Masa @ Semasa: mana satu yang betul?
by MinNy Sun May 13, 2012 12:53 pm
» berkongsi belajar Matematik
by TashaErna Sat May 12, 2012 7:09 pm
» Kaedah cepat mengira IQMA
by TashaErna Sat May 12, 2012 7:04 pm
» math : Honey Bottle
by Premmela Sat May 12, 2012 5:18 pm
» Nota dan latihan online percuma utk pelajar
by one-ls Fri May 11, 2012 9:13 am
» FORM 2 CHAPTER 7:-GEOMETRICAL CONSTRUCTIONS
by Geofrey Wed May 09, 2012 2:05 am
» mcmana nak hafal sejarah?
by Admin Tue May 08, 2012 10:56 pm
» nak dpt 5A upsr...
by Admin Mon May 07, 2012 3:44 pm
» nak bijak matematik
by Admin Mon May 07, 2012 3:37 pm
» salam perkenalan
by Admin Mon May 07, 2012 3:36 pm
» Folio untuk tingkatan 2
by Aryana Syafnie Sun May 06, 2012 8:25 pm

orang bodoh yang pandai
Page 1 of 1 • Share •
orang bodoh yang pandai
Orang Bodoh Yang Pandai
Bodoh itu bukan satu penyakit. Lemah jiwa itulah penyakit. Mengapa harus merasa rendah diri apabila berhadapan dengan orang yang lebih pandai ? Bukankah Allah telah menjadikan kita bodoh ?. Orang yang bodoh yang lemah jiwa, dia akan menjadi dua kali bodoh apabila berhadapan dengan orang yang pandai. Kalau orang yang pandai itu orang besar, orang berpangkat, dia akan kagum, sanjung dan pegang kata-kata orang tersebut. Sebaliknya kalau orang pandai itu tarafnya rendah, umpamanya isteri, muridnya atau pekerjanya, maka dia akan rasa inferiority complex. Dia rasa malu, kecewa dan kesal dengan diri sendiri. Dia takut untuk mengeluarkan pendapat dihadapan orang yang lebih pandai darinya.
Orang bodoh yang lemah jiwanya ini akan cuba menyembunyikan kebodohan kerana dia benci pada kebodohannya itu. Dia takut orang kata dia bodoh. Walhal kalau orang yang bodoh itu tiada penyakit lemah jiwa dan sedar dirinya bodoh, dia akan belajar daripada orang yang pandai. Dia bersyukur mendapat ilmu dan berterima kasih kepada orang yang mengajarnya. Dia merasa senang hati dan ingin menambah ilmunya lagi. Ilmu yang baru diketahuinya itu digunakan dan diamalkan.
Berbeza dengan orang yang lemah jiwa, dia hanya rasa kagum dengan pendapat orang lain tetapi menjadi gelap pandangan kerana dia rasa, mengapa aku tidak terfikir begitu ? Macammana dia boleh tahu sejauh itu ? dan sebagainya. Akhirnya ilmu didapati itu tidak masuk menetap dalam akalnya, apalagi untuk diamalkan.
Orang yang bodoh mesti kenal diri, tahu diri bodoh. Jangan pula lantaran tidak kenal diri orang yang bodoh itu berlagak pandai dan merasa pandai pula. Hendaklah belajar dari orang yang pandai dan orang yang pandai pula janganlah sombong untuk mengajar kerana kita ini dijadikan oleh Allah berbeza-beza tahap akal dan fikiran, semua itu adalah kepunyaan Allah. Allah boleh tarik nikmat kepandaian itu dengan sekelip mata sahaja.
Orang yang bodoh itu mungkin hanya bodoh dibidang tertentu tetapi pandai dibidang yang lain. Oleh itu kita harus sentiasa mengintai-intai kelebihan orang yang pandai ini untuk kita belajar apa yang dia pandai untuk kepentingan kita dan masyarakat. Sebagaimana kisah Rasulallah s.a.w ketika baginda sedang kebuntuan setelah selesai perjanjian Hudaibiyah. Rasulallah s.a.w telah memerintahkan sahabat-sahabatnya untuk bercukur dan menyembelih korban. Tetapi semua sahabat yang ada di situ tidak melaksanakannya walaupun telah diperintahkan oleh Rasulalah s.a.w sebanyak tiga kali. Kelambatan para sahabat itu telah menyebabkan Rasulallah bingung, lalu baginda pergi bertemu dengan isterinya Ummu Salamah dan menceritakan hal tersebut. Ummu Salamah setelah mendengar kejadian tersebut, dia pun berkata : " Pergilah wahai Rasulallah engkau bercukur dahulu, maka mereka akan mengikutimu."
Rasulallah s.a.w bukan sahaja bersetuju, malah sangat gembira dengan pandangan dan pendapat tersebut. Lalu baginda terus melaksanakannya, dan para sahabat pun, apabila melihat Rasulalah s.a.w bertindak demikian, mereka pun melaksanakan hal tersebut. Demikianlah Rasulallah tidak malu untuk meminta pendapat orang lain dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Maka jika Rasul tidak malu untuk meminta pendapat, lebih-lebih lagilah bagi orang yang bodoh. Jangan jadi orang bodoh yang sombong, yang tidak mahu meminta tunjuk ajar daripada orang lain. Jangan pula jadi orang bodoh yang tidak tahu dirinya bodoh. Itu lagi parah. Ibarat orang yang tidak tahu membawa kereta, tetapi rasa pandai bawa kereta. Akhirnya masuk longkong dan kemalangan. Begitulah orang yang merasa dirinya tahu tetapi sebenarnya tidak. Akhirnya dirinya yang masuk neraka. Oleh itu jangan jadi orang yang "bodoh". Tetapi jadilah orang bodoh yang " pandai ".

annur- MBF New Member

- Number of posts: 4
Registration date: 16/05/2008
Re: orang bodoh yang pandai
wah annur... ceritamu sungguh menarik.

Jasmine- MBF Member (B)

- Number of posts: 78
Registration date: 04/05/2008
Re: orang bodoh yang pandai
annur wrote:Orang yang bodoh mesti kenal diri, tahu diri bodoh. Jangan pula lantaran tidak kenal diri orang yang bodoh itu berlagak pandai dan merasa pandai pula. Hendaklah belajar dari orang yang pandai dan orang yang pandai pula janganlah sombong untuk mengajar kerana kita ini dijadikan oleh Allah berbeza-beza tahap akal dan fikiran, semua itu adalah kepunyaan Allah. Allah boleh tarik nikmat kepandaian itu dengan sekelip mata sahaja.
ya saya setuju.. jika kita mengetahui diri kita bodoh, kita akan berkecenderungan utk memperbaiki diri utk menjadi pandai. Tp kalau kita berlagak pandai sedangkan kita ini sebenarnya bodoh, maka sampai bila pun kita tdk akan dpt memperbaiki diri. Dan sdh tentu kita berharap agar mereka yg pandai tu tdk sombong utk memberi tunjuk ajar.

Jasmine- MBF Member (B)

- Number of posts: 78
Registration date: 04/05/2008
Re:orang bodoh yang pandai
Annur berapa umur awak???????????????

AMY- MBF Regular Member

- Number of posts: 178
Age: 15
Location: Sandakan Town
Humor: pikir la sendiri....
Registration date: 30/04/2008
Re: orang bodoh yang pandai
Ceita motivasi yang menarik... terimakasih
_________________mbf...
Be Joyful always...

Cikgu Edy- Moderator

- Number of posts: 967
Humor: hiiii hiii . nobody's perfect laa...
Registration date: 08/05/2008
Re: orang bodoh yang pandai
ye....
sy mginsafi diri sy...
ssgghnya sy brasa sgt brsyukur dgn nikmat ALLAH YA AL ZALJALA LIWAL IKRAM....

masshara mohammad- MBF Member (A)

- Number of posts: 110
Age: 15
Location: simunjan, sarawak
Humor: believe in yourself
Registration date: 20/06/2009

Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum