FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 21 users online :: 2 Registered, 0 Hidden and 19 Guests

123sy, Saraswathy

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 9:16 pm
Latest topics
» kenapa kapal laut boleh terapung atas air?
by Admin Thu Apr 17, 2014 5:58 pm

» Mengasihani Anak
by fyfy Thu Apr 10, 2014 1:22 pm

» A Welcome Home Party
by PACHUHIN Fri Apr 04, 2014 10:12 pm

» Apa cita-cita kamu?
by Admin Mon Mar 31, 2014 11:03 pm

» ISI UNTUK KARANGAN SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA
by 123sy Mon Mar 31, 2014 5:14 pm

» UPSR
by Admin Fri Mar 28, 2014 5:42 pm

» Ceramah Teknik Belajar Sains Berkesan SK.Kinabaan Tambunan -27feb2014
by Frans Fri Mar 21, 2014 1:18 pm

» Bengekl Teknik Menjawab Sains UPSR SK.Chinta Mata, Tenom -12mac2014
by Frans Fri Mar 21, 2014 1:02 pm

» PERTANDINGAN PANTUN
by Frans Thu Mar 20, 2014 6:32 pm

» PERBAHASAN ALA PARLIMEN (Pihak Kerajaan)
by Frans Thu Mar 20, 2014 6:31 pm

» nak dpt 5A upsr...
by Frans Thu Mar 20, 2014 6:29 pm

» Penting sangatkah nak dpt UPSR 5A?
by Frans Thu Mar 20, 2014 6:29 pm

» soalan BM
by Buttercream*banana* Wed Mar 12, 2014 8:21 pm

» cara mengingati darab
by Buttercream*banana* Wed Mar 12, 2014 8:07 pm

» [List]Senarai Topik Matematik Yang Berguna.
by Buttercream*banana* Wed Mar 12, 2014 8:05 pm

» lemah dalam matematik
by rai Mon Mar 03, 2014 4:22 pm

» UPSR! UPSR! UPSR!
by Admin Fri Feb 28, 2014 11:21 pm

» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Tue Feb 25, 2014 9:12 pm

» Confirmed: Oldest Fragment of Early Earth is 4.4 Billion Years Old
by Admin Mon Feb 24, 2014 7:04 pm

» Program PEKA (Penilaian Kerja Amali Sains)
by Martina Mupin Thu Feb 20, 2014 11:24 am

» Tusyen khas Sains (online) percuma
by Admin Sun Feb 09, 2014 10:54 pm

» Safety and Health Officer (SHO)
by fareez.abdrahman Thu Feb 06, 2014 3:45 pm

» Erti Sebenar Guru Cemerlang
by Admin Fri Jan 24, 2014 9:50 pm

» Karangan : Kebakaran di Rumah Jiran
by Aisyah Husna Wed Jan 15, 2014 7:59 pm

» Sport Day
by Aisyah Husna Tue Jan 14, 2014 2:20 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


surat kiriman rasmi

View previous topic View next topic Go down

surat kiriman rasmi

Post by sazlina on Sat Mar 27, 2010 3:56 pm

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

a.
memohon pekerjaan

b. membuat aduan / bantahan / cadangan
c. membuat rayuan
d. membuat jemputan rasmi
e. menempah barangan
f. meminta kebenaran
g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1.
Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan daripada guru. )


2.
Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.


3.
Perhatikan format di bawah.


Alamat
Penulis

______________
______________
______________
________________________________________(garisan panjang )__________________________
Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb)

Tarikh : (selari dengan nama negeri)


Tuan / Puan,

Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)
2. (Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan sekurang-kurangnya
tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain
)

3. (Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)
(Penutup)

Yang benar, ( perhatikan
penggunaan huruf yang digunakan
)

__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )

Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang telah rosak.


Rangka

1. alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma di hujungnya ) kemudian selang satu baris
2.
buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris

3. nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )
4. tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )
5. kata ganti diri penerima ( Tuan, )
6. perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )
7. perenggan pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh )
8. perenggan ke-2
- bola lama tidak dapat digunakan lagi
- memerlukan bola baru
( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan sedikit sebelum menulis )
9. perenggan ke-3
berharap agar permohonan diluluskan
supaya latihan tidak terganggu
10. perenggan ke-4
mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan

11. penutup terima kasih
12. tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )
13. nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan
14. jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )
15. berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma.

Tip
: Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.

sazlina
MBF Junior Member
MBF Junior Member

Number of posts: 23
Age: 18
Location: australia
Humor: just believe in yourself! okey..
Registration date: 22/03/2010

View user profile

Back to top Go down

Re: surat kiriman rasmi

Post by sazlina on Sat Mar 27, 2010 4:21 pm

Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.

Encik Musa Bin Hassan,

Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.

24 APRIL 1998.


Tuan,
Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama
Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.
2. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.
3. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.
4. Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.

Sekian, terima kasih


Yang benar,

Widyawati
…………………
( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )
Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,

Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.

- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )

a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] panggilan hormat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1markah )
e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
- isi mengikut perenggan biasa

Tajuk : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan kepada akhbar tersebut.


Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
_______________________________________________________________________________________
Ketua Pengarang,
Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) ,
Berita Harian Sendirian Berhad,
31, Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.

10 JANUARI 1997.


Tuan,

Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar
Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) pada 27 Januari 1997, jam 9.30 pagi.
2. Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan bagaimana mengendalikannya.
3. Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.
4. Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.
Sekian.

Yang benar,


Nazimah

…………………..
( NAZIMAH NAZIM )
Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.

sazlina
MBF Junior Member
MBF Junior Member

Number of posts: 23
Age: 18
Location: australia
Humor: just believe in yourself! okey..
Registration date: 22/03/2010

View user profile

Back to top Go down

Re: surat kiriman rasmi

Post by chtan on Wed Mar 31, 2010 12:28 pm

Aadakah tarikh yang ditulis dalam surat rasmi telah tukar tempat seperti contoh yang diberi atau masih mengikuti cara lama iaitu sebaris dengan alamat penerima? Rolling Eyes

chtan
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts: 5
Registration date: 31/03/2010

View user profile

Back to top Go down

Re: surat kiriman rasmi

Post by Cikgu X on Wed Mar 31, 2010 12:48 pm

harap ada guru2 bm yg sudi memberikan penjelasan...

_________________mbf...

Cikgu X
Special Rank

Number of posts: 3202
Registration date: 12/11/2008

View user profile

Back to top Go down

sooooorrrrrrrrrryyyyyyy

Post by sazlina on Fri Apr 02, 2010 12:13 pm

chtan wrote:Aadakah tarikh yang ditulis dalam surat rasmi telah tukar tempat seperti contoh yang diberi atau masih mengikuti cara lama iaitu sebaris dengan alamat penerima? Rolling Eyes


maaf salah taip..

sazlina
MBF Junior Member
MBF Junior Member

Number of posts: 23
Age: 18
Location: australia
Humor: just believe in yourself! okey..
Registration date: 22/03/2010

View user profile

Back to top Go down

Re: surat kiriman rasmi

Post by nur alwani on Fri Apr 02, 2010 10:58 pm

salam...
sazlina dah buat silap ni...

er sebenarnya tarikh 2 dekat sebelah pada baris akhir alamat
bukannya dekat bawah,..

hehe..its ok

nur alwani
Moderator
Moderator

Number of posts: 136
Age: 24
Location: malaysia
Humor: JANGAN LETAKKAN KEESAAN ALLAH DI DALAM AKAL FIKIRAN KITA. SETINGGI-TINGGI ILMU DUNIA INI YANG MAMPU KITA KECAPI HANYALAH UMPAMA SETITIS AIR DI LAUTAN
Registration date: 17/02/2010

View user profile

Back to top Go down

Re: surat kiriman rasmi

Post by chtan on Mon Apr 05, 2010 7:51 pm

ok. terima kasih.

chtan
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts: 5
Registration date: 31/03/2010

View user profile

Back to top Go down

Re: surat kiriman rasmi

Post by Engelina Bungan on Mon Nov 01, 2010 8:50 pm

oh...thank

Engelina Bungan
MBF Member (C)
MBF Member (C)

Number of posts: 48
Location: Marudi
Registration date: 12/09/2010

View user profile

Back to top Go down

Re: surat kiriman rasmi

Post by ammarazman on Mon May 16, 2011 10:39 pm

tq sazlina kerana beri idea kepada saya Very Happy

ammarazman
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts: 9
Registration date: 14/03/2011

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum